Kisah Hariss Harun ke Coventry memang benar berlaku tetapi lebih tepat lagi pemain itu akan menyertai PSB Academy untuk menyambung pengajian sebagai persediaan penting beliau apabila tamat karier sebagai pemain bola sepak itu nanti.

Berdasarkan kemaskini terkini yang dibuat oleh Hariss Harun melalui laman sosial Instagram, beliau menjelaskan beberapa perkara mengenai spekulasi berkaitan dengan ‘Coventry’ beberapa hari ini.

“Kepada semua penyokong dan pengikut saya, terima kasih atas perhatian sepanjang karier saya. Saya bersyukur untuk menjadi kapten bagi pasukan JDT dan Singapura.”

“Saya akan memulakan cabaran baru dan pada masa yang sama meneruskan karier saya bersama JDT.”

“Saya telah ditawarkan biasiswa PSB Academy Sports Excellence Education untuk menyambung pelajaran di Universiti Conventry. Saya amat teruja untuk mengharungi cabaran baru ini dengan sokongan dari keluarga, kawan-kawan, JDT dan PSB Academy.”

photo_2020-10-12_13-40-07

Dalam satu lagi IG story Hariss Harun, beliau ada menyebut bahawa ketika ini perjalanan kariernya sudah menghampiri penghujungnya dan langkah ini adalah yang terbaik perlu diambil sebagai persediaan apabila tamat karier secara profesional nanti.

“Saya sudah hampir sampai ke penghujung karier dan saya berharap mampu beraksi banyak tahun lagi., tetapi saya perlu mempersiapkan diri dengan kehidupan selepas sukan.”

“Oleh demikian, saya melakukan persediaan sekarang dengan mengambil keputusan penting untuk mendapatkan pendidikan bagi diri saya.”

“Saya berharap supaya dapat memberikan inspirasi kepada pemain muda lain untuk menyambung pelajaran ketika masih bermain. Jangan tunggu sehingga terlalu lewat.”

photo_2020-10-12_13-40-08

Mungkin perjalanan atau perancangan seseorang pemain itu berbeza bergantung kepada pelbagai faktor disekelilingnya, tetapi kami melihat ini adalah path yang sesuai untuk seorang Hariss Harun berdasarkan kepada karektor yang dimiliki beliau.

VOCKET FC akan membawakan kisah kehidupan bekas seorang pemain bola sepak tempatan Malaysia yang kini sudah pun bersara dari arena bola sepak profesional dan boleh dikatakan agak selesa dengan perancangan awal yang dibuat. Nantikan artikel seterusnya dari kami.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Graduan Kejuruteraan Universiti Teknologi Kenya Ini ‘Steady’ Sumbat 21 Gol Dalam J1 League 2020 Ketika Liga Berbaki 13 Perlawanan

‘Seller’ Shopee Jual Jersi Portimonense SC RM627 Sehelai Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”