Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan berdepan Myanmar pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang bersesuaian untuk skuad Harimau Malaya mempersiapkan diri menjelang tiga perlawanan sebenar Kumpulan E bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun, dalam misi Malaysia memburu slot untuk layak ke Piala Asia 2023.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Myanmar, ranking ke-152 dunia memandangkan pasukan berkenaan akan berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan pusat sebelum mereka terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F membabitkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar dan Singapura.

Syafiq Ahmad

Sumber Gambar: FAM

Sementara Hong Kong pula yang ketika ini berkedudukan ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Malaysia sebelum mereka terbang ke Kolkata, India bagi saingan Kumpulan D membabitkan India, Hong Kong, Afghanistan dan Kemboja.

Skuad Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini pada 19 Mei ini iaitu sejurus berakhirnya Hari Perlawanan 9 saingan Liga Super 2022 pada 18 Mei.

“Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan pemanas badan menentang Myanmar dan Hong Kong ini diharap dapat memberi peluang dan ruang buat kami barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum kita berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

“Dengan kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan seterusnya dapat memberikan keputusan positif serta kejayaan yang kita semua harapkan,” kata ketua jurulatih, Kim Pan Gon.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

10 Hari Dalam Kem Latihan Pertama, Kim Pan Gon Akui Gembira Dengan Prestasi Pemain

Dion Cools: Ini Persembahan Terburuk Saya Bersama Skuad Kebangsaan

Dion Johan Cools Tidak Sabar Beraksi Di Hadapan Penyokong Harimau Malaya

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group