Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pemain yang mendakwa mempunyai darah campuran Malaysia, Marcel Kalonda mengemukakan dokumen tidak sahih setelah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat penyemakan terhadap dokumen tersebut.

Perkara ini menyebabkan FAM mengambil langkah menutup terus proses untuk menjadikan Kalonda sebagai pemain naturalisasi sekaligus memberikan titik noktah kepada gesaan sesetengah pihak supaya pemain itu diserap bagi beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Langkah yang diambil oleh FAM ini dilihat tepat kerana pasukan negara tidak memerlukan Marcel Kalonda. Ini kerana Malaysia mempunyai barisan pemain pertahanan tengah yang sudah membuktikan bahawa mereka mempunyai kualiti untuk mengisi benteng skuad Harimau Malaya.

Pemain seperti Shahrul Saad, Adam Nor Azlin, Dominic Tan dan Irfan Zakaria telah membuktikan mereka mampu untuk menggalas tugas bagi menjaga benteng negara, terutamanya di pentas besar seperti saingan Piala AFF dan kelayakan Piala Dunia.

Harimau Malaya
Sumber Gambar: IB

Selain itu, Harimau Malaya juga mempunyai pemain pelapis yang mempunyai potensi untuk menjadi pemain penting di bahagian pertahanan seperti Harith Haiqal dan Firdaus Ramli yang ketika ini memperkuatkan skuad B-19 Tahun negara.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan, tidak semestinya kita perlu mencari pemain yang tidak dikehatui asal-usul serta prestasi pemain tersebut. Cukup kita asah bakat sedia ada dalam negara kerana ada ramai pemain yang mampu untuk menyarung jersi Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Marcel Kalonda di sini:

JPN Sahkan Ada Dokumen Marcel Kalonda Tidak Sahih, FAM Tutup Terus Proses Dokumentasi

FAM Terima Dokumen Tambahan Marcel Kalonda

Adam Nor Azlin Tidak Goyah Sekiranya Marcel Kalonda Sarung Jersi Skuad Kebangsaan