Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya akan cuba mengaturkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang negara asia barat sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Mac 2020.

Skuad Harimau Malaya kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Siwarak Tedsungnoen
FOTO: FAM

Oleh sebab itu, FAM mahu memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu lebih bersedia dari segi fizikal dan mental kerana baki 3 perlawanan yang akan datang pasti lebih sukar dan menghadirkan tentangan sengit.

“Idea beliau (Tan Cheng Hoe) adalah untuk mengadakan perlawanan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berlawan dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawanan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawanan (persahabatan) tidak cukup, beliau mahukan dua, kita akan beri dua perlawanan,” jelas Yusoff Mahadi seperti dipetik dalam Bernama.

Tan
Tan Cheng Hoe bersama Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. FOTO: FAM

Selain itu, FAM turut akan mengadakan pertemuan dengan bekas jurulatih Kedah itu untuk mengetahui apakah perancangannya dalam memperkuatkan pasukan menghadapi lawan yang seterusnya.

“Kita (FAM) akan berjumpa dengan beliau (Cheng Hoe) hujung tahun ini untuk beliau membentangkan pelan perancangan pasukan. Selain itu kita meminta beliau tampil dengan cadangan untuk bagaimana memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kebangsaan.

“FAM akan memberikan sokongan lebih daripada 100 peratus. Selagi permintaan Tan Cheng Hoe itu bukan bulan dan bintang, insyaAllah kita akan bagi,” katanya.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 di lokasi yang akan ditentukan kemudian sama ada Dubai atau Abu Dhabi dan kemudian bertemu pendahulu kumpulan, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.

Jafri Firdaus Chew Kecewa Dengan Cara KFA Lepaskan Beliau

Perak Jadi Destinasi Seterusnya Bagi Amri Yahyah?

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor

Sumber