Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mengesahkan telah menerima tawaran daripada Palestin untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 21 Mac 2020.

Malah, mereka juga sedang menunggu jawapan daripada 5 negara asia barat untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi UAE dan Vietnam dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim memuji langkah FAM memilih lawan yang lebih kuat untuk diuji menentang skuad kendalian Tan Cheng Hoe kerana ia mampu menjadi penanda aras yang sebenar kepada prestasi pemain di peringkat antarabangsa.

Irfan juga berharap FAM kerap mengaturkan perlawanan persahabatan menentang negara yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi bukan pasukan belasahan seperti Nepal, Bhutan atau Mongolia.

“Diharapkan selepas ini, Malaysia tidak lagi bertemu pasukan di ranking lebih bawah daripada skuad negara. Malaysia perlu berjumpa pasukan yang kuat untuk mengetahui keupayaan sebenar.

“Skuad negara perlu berjumpa pasukan yang setaraf atau lebih tinggi bagi menguji kekuatan sebenar,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro

Irfan Bakti
Irfan Bakti Abu Salim. FOTO: BH

Kali terakhir pasukan kebangsaan berhadapan pasukan yang berada di ranking 130 dunia keatas ialah ketika menentang Tajikistan pada 19 November lepas. Peminat bola sepak tempatan juga sudah lama tidak menikmati perlawanan menentang pasukan terbaik Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Kalau 30 tahun dulu, mereka (era Dollah dan Zainal) akan berjumpa dengan Korea Selatan dan Jepun. Selepas era mereka, Malaysia tidak lagi berjumpa pasukan gergasi Asia itu lagi.

“Dalam tiga tahun kebelakangan ini, pertemuan dengan Bhutan dan Mongolia merupakan langkah yang tidak bagus untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara,” katanya lagi.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Palestin Berminat Untuk Mengadakan Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Harimau Malaya

Syarikat Mobile Games Jepun Lengkapkan Pembelian 70% Saham Kelab Divisyen 2 Portugal – UD Oliveirense

Jersi ‘Match Worn’ Theerathon Bunmathan Julang Kejuaraan J1 League Dibida Pada Harga Hampir RM70,000