Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves tanpa berselindung mengkritik aksi yang ditampilkan Fred pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 bertemu Everton tempoh hari.

Hargreaves menyifatkan gol penyamaan skuad kendalian Rafa Benitez yang menyebabkan aksi berkesudahan dengan terikat 1-1 itu berpunca daripada kesilapan pemain kelahiran Brazil tersebut berikutan kegagalannya untuk mengeluarkan bola di kawasan lawan.

Keadaan itu membolehkan Demarai Gray melakukan serangan balas pantas bagi mencari Abdoulaye Doucoure yang kemudiannya melakukan lorongan cantik membolehkan Andros Townsend menyempurnakan peluang terhidang.

Susulan dengan keadaan tersebut, Hargreaves yang juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan England melihat Fred akan mendapat hukuman sekiranya Manchester United masih lagi dibimbing oleh Sir Alex Ferguson.

“Tidak pernah, tidak dalam sejuta tahun sekalipun [jaringan sebegitu dibiarkan berlaku]. Itulah harga yang perlu dibayar, itulah sebabnya kenapa anda berada di sana, tugas anda untuk menghalang daripada terhasilnya jaringan tersebut.”

“Dia mempunyai dua keadaan seperti itu dan kedua-duanya dia gagal memenangi bola. Ia tidak boleh berlaku. Sir Alex tidak akan memaafkan anda kerana kesilapan seperti itu, anda tidak akan dibenarkan bermain selama sebulan. Serius saya katakan.”

“Dia harus memenangi perebutan bola itu. Dan sekiranya dia gagal memenanginya, anda perlu melakukan kekasaran terhadapnya, menjatuhkannya.”

“Anda perlu memenanginya. Anda tidak boleh kalah dalam merebut bola dengan Demarai Gray dan sekiranya dia berjaya melakukannya, anda perlu kasarinya,” ujar Owen Hargreaves menurut laporan dikeluarkan Goal.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Daniel Ting Sasar Sarung Jersi Skuad Kebangsaan Hadapi Piala AFF 2020

Trofi Piala Dunia Futsal Pelengkap Karier Gemilang Ricardinho

Nafikan Hasrat Argentina, Portugal Muncul Juara Piala Dunia Futsal 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group