Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pemberian diskaun sehingga lebih 60% bagi tiket Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Malaysia lwn Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini (9 November 2019) dengan harga serendah RM10.

Berdasarkan ketetapan sebelum ini, harga tiket bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 adalah RM20 + caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM30 (pembelian di kaunter) bagi tempat duduk Terbuka serta RM40 + caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM50 (pembelian di kaunter) bagi tempat duduk Grandstand.

Dengan pemberian diskaun tersebut, bagi perlawanan menentang Tajikistan pada Sabtu ini, tiket tempat duduk Terbuka akan dijual pada harga RM10 termasuk caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM15 (pembelian di kaunter) manakala tiket tempat duduk Grandstand dijual pada harga RM15 termasuk caj pemprosesan (pembelian secara online) dan RM20 (pembelian di kaunter).

EImHHAHU8AE9_FW

Diskaun di antara 50% hingga 62.5% bagi harga tiket perlawanan menentang Tajikistan ini adalah selepas pihak FAM mengambil kira faktor tiga perlawanan berturut yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sepanjang bulan ini, termasuk dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 dan Indonesia pada 19 November 2019.

Bagaimanapun, harga tiket kanak-kanak bagi pembelian secara online atau pun di kaunter kekal pada harga RM7, tanpa sebarang caj pemprosesan dikenakan.

Sementara itu, harga tiket bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia juga kekal pada harga yang sama seperti pada perlawanan menentang UAE, 10 September lalu.

stadium3

Untuk makluman semua penyokong, pembelian tiket secara online di www.tickethotline.com.my dan di kaunter Stadium Nasional bagi ketiga-tiga perlawanan adalah seperti berikut:

1. Malaysia lwn Tajikistan
* Pembelian Secara Online: Rabu, 6 November 2019 hingga Jumaat, 8 November 2019 (11.59 malam)
* Pembelian Di Kaunter: Sabtu, 9 November 2019

2. Malaysia lwn Thailand
* Pembelian Secara Online: Khamis, 7 November 2019 hingga Rabu, 13 November 2019 (11.59 malam)
* Pembelian Di Kaunter: Khamis, 14 November 2019

3. Malaysia lwn Indonesia
* Pembelian Secara Online: Khamis, 7 November 2019 hingga Isnin, 18 November 2019 (11.59 malam)
* Pembelian Di Kaunter: Selasa, 19 November 2019

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online

Suphanat Mueanta Tidak Akan Beraksi Bertemu Malaysia U19, Sertai Persiapan Skuad Kebangsaan Ke Bukit Jalil

FAM Risau Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Teruk Selepas Final Piala Malaysia