Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru sahaja sebentar tadi mengumumkan penjualan tiket bagi penyokong Malaysia yanag mahu hadir memberikan semangat kepada pemain-pemain di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 5 September nanti.

Dalam kemaskini melalui laman sosial rasmi FAM, harga bagi sekeping tiket di SUGBK adalah RM112.75 sekeping dan tempat duduk boleh dipilih semasa membuat tempahan.

Tempahan tiket boleh dibuat melalui pautan disini.

Info Tiket Penyokong Harimau Malaya Ke JakartaTiket bagi tempat duduk penyokong Malaysia untuk perlawanan Indonesia…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, 29 August 2019

Namun harga itu masih belum lagi termasuk dengan caj tempahan sebanyak RM4 yang dikenakan pada halaman check-out menjadikan jumlah harga bagi sekeping tiket untuk penyokong dari Malaysia di SUGBK adalah RM116.75 sekeping.

tiket bola jakarta

Peta kedudukan zon penyokong pasukan pelawat (Malaysia) di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

tiket bola jakarta

Harga akhir bagi sekeping tiket perlawanan Indonesia-Malaysia berjumlah RM116.75

Berdasarkan maklumat yang kami terima, sekitar 32,000 keping tiket telah terjual untuk penyokong Indonesia bagi perlawanan ini pada 5 September nanti dan mungkin akan sold-out menjelang hari perlawanan.

Artikel lain berkaitan dengan penjualan tiket perlawanan pasukan Malaysia.

Sistem Tiket Dengan Tempat Duduk Bernombor Mula Digunakan Dalam Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan

Penyokong Indonesia ‘Mengamuk’ Harga Tiket Perlawanan Indonesia-Malaysia Melambung Tinggi

PSSI Sediakan 3000 Tiket Untuk Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group