3 pemain kebangsaan Thailand yang berjaya memberikan impak yang baik selepas beraksi dalam saingan J1 League 2018 sudah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa pemain Thailand mampu beraksi dalam platform antara yang terbaik di Asia.

Sudah pasti ramai dikalangan peminat yang mahu mendapatkan jersi dengan nama pemain-pemain ini untuk dijadikan satu ‘memorabilia’ yang tidak ternilai harganya suatu hari nanti.

Harga Jersi ‘Fans-Issue’ J.League

Melalui kajian ringkas yang telah dibuat bagi 3 pemain utama Thailand – Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan, bagi 2 kategori jersi yang dijual iaitu ‘fans issue’ dan ‘player issue’, kami dapati jersi Vissel Kobe adalah paling murah dijual untuk kategori ‘fans issue’ JPY12,800 (RM462).

0000014356_8

Teerasil Dangda yang kini beraksi dengan Sanfrecce Hiroshima, pula berharga JPY18,684 (RM675) termasuk nameset berdasarkan harga yang dijual oleh SoccerShop KAMO.

Beliau telah beraksi dalam 4 perlawanan dengan 256 minit masa bermain serta berjaya menjaringkan gol dalam debut ketika bertemu Hokkaido Consadole Sapporo dalam perlawanan pembukaan.

23f501cd

Dalam kategori fans issue (bersama nameset) pula, jersi pasukan Consadole Sapporo merupakan jersi paling mahal dijual pada harga JPY19,440 (RM703) sehelai.

Chanathip Songkrasin yang beraksi bersama kelab ini telah berjaya membuat 6 penampilan pada musim 2018 dengan 520 minit masa bermain dan menjaringkan 2 gol.

c0374c2f0f137fd6fc24d82df497d5c2_content

Harga Jersi ‘Player Issue’ J1 League

Bagi jersi gred ‘player issue’ pula, harga sehelai jersi adalah berlainan bagi setiap kelab dalam saingan J1 League.

Jersi Jubilo Iwata, mengikut harga yang dijual oleh SoccerShop KAMO, adalah paling murah dengan harga JPY 14,040 (RM507) tanpa nameset. Jika termasuk nameset pemain, tambahan sebanyak JPY4104 (RM148) menjadikan harga sehelai jersi ‘player issue’ lengkap dengan nameset kepada JPY18,144 (RM656).

Ada 2 buah kelab yang menjual jersi player issue mereka dengan harga paling mahal iaitu Gamba Osaka dan FC Tokyo. Kedua-dua buah kelab ini meletakkan harga JPY25,920 (RM937.80) sehelai tanpa nameset pemain mereka.

img_uniform2018_design_01

Jika penyokong mahu mendapatkan jersi fans issue bersama nameset pemain kegemaran mereka, tambahan sebanyak JPY4,860 (RM175) untuk Gamba Osaka dan JPY4,752 (RM171.90) untuk FC Tokyo.

Berdasarkan harga diatas, jelas dapat dilihat jersi player issue Gamba Osaka adalah paling mahal dengan jumlah harga sekitar RM1,112.80!