Tonggak serangan Kuala Lumpur City  FC, Romel Morales yang berjaya meledak 10 gol dalam saingan TM Piala Malaysia 2021 tidak menganggap ia satu tekanan apabila kini menjadi harapan penyokong untuk melihat dirinya terus menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Bahkan, pemain kelahiran Colombia itu turut merasakan ia satu tanggungjawab besar yang perlu dilakukan dengan baik untuk memenuhi harapan mereka.

Malah, beliau turut menganggap pencapaian hebat dalam melakar rekod tersebut tidak akan berhasil tanpa kerja keras satu pasukan.

“Tiada tekanan untuk saya sebab saya memang nak bermain untuk menolong pasukan, diri sendiri dan juga penyokong yang sentiasa hadir menyokong kami,”

“Jadi, sudah tentu saya ingin sentiasa memberikan 100 peratus di atas padang sebab penyokong yang datang layak untuk menyaksikan pemain kesayangan mereka menjaringkan gol.”

“Saya hanya fikirkan bagaimana untuk terus bekerja keras dan sudah tentu saya tidak boleh mengurangkan usaha ini walaupun sedikit kerana inilah yang penyokong inginkan,” tambah Romel Morales lagi..

Morales diberi kepercayaan untuk diletakkan selaku penyerang selepas Bojan Hodak kehilangan pemain import, Kyrian Nwabueze susulan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada Julai lalu.

Usaha keras yang dijelmakan pemain berusia 24 tahun itu sebagai pemain penyerang nyata membuahkan hasil apabila beliau kini kelihatan cukup berbisa dalam merobek gawang lawan.

Perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia akan berlangsung pada malam ini membabitkan aksi antara Kuala Lumpur dan Melaka United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur manakala Terengganu FC akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Benjamin Mora Sedar Saingan Sengit Bakal Diberikan Terengganu

Gary Neville: Solskjaer Telah Kembalikan Semula Jiwa Manchester United

TMJ: “Kalau Setakat Upgrade Fasiliti Sikit, Jual Baju Dan Buat Video, Real Chukai FC Pun Boleh Buat.”