Alan Pardew merupakan pengurus yang sudah lama berada di arena pengurusan. Dia sudah melalui banyak perkara pahit manis dalam bola sepak.

Pada usianya 60 tahun, dia sudah menjadi pengurus selama 20 tahun lamanya. Sempat menguruskan kelab seperti Reading, West Ham United, West Bromwich, Newcastle United, Southampton, Crystal Palace, dan beberapa kelab lain di luar England.

Baru-baru ini beliau dilantik menjadi jurulatih kelab Divisyen 1 dalam Liga Bulgaria, CSKA Sofia.

Bagaimanapun, tempoh perkhidmatannya di sana sangat singkat. Dia memilih untuk menarik diri dan keputusan itu diambil kerana pemain menjadi sasaran perkaman.

Detik serangan perkauman berlaku ketika CSKA mahu masuk ke dalam padang untuk menentang Botev Plovdiv dalam Liga Bulgaria pada 19 Mei.

Perlawanan itu berlaku beberapa hari selepas mereka tewas dalam perlawanan akhir Piala Bulgaria kepada saingan Levski Sofia.

Lebih teruk, peminat mereka sendiri membaling pisang di Stadium Balgarska Armia, Sofia, Bulgaria. Para pemain pada mulanya enggan bermain dalam perlawanan itu, tetapi akhirnya turun ke padang setelah dipujuk oleh pegawai kelab.

Kejadian ini membuatkan Pardew sangat kecewa dan marah. Tiada lagi toleransi.

Dia terus melepaskan jawatannyta. Dan berkata: “Adalah satu keistimewaan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada kelab dan berkhidmat dengan kelab ini.”

“Malangnya, masa saya di sini telah berakhir. Peristiwa sebelum dan selepas perlawanan dengan Botev [Plovdiv] tidak boleh diterima sama sekali,” kata Pardew kenyataan rasminya.

“Pemain kami memutuskan untuk bermain hanya kerana kesetiaan dan untuk melindungi nama kelab ini. Sekumpulan kecil peminat yang bersifat perkauman yang teratur cuba mensabotaj dan ini bukan yang saya mahu.” dia menambah.

Perletakan jawatan itu dibuat oleh Pardew hanya selepas hanya 34 hari dilantik sebagai ketua jurulatih.

Pengurus berbangsa Inggeris itu sebenarnya telah berada di CSKA sejak November 2020 lalu.

Tetapi pada masa itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal kelab.

Alan Pardew kemudian dilantik sebagai pengurus pasukan utama pada 15 April dan secara rasmi dan memulakan tugasannya pada 28 April.

Namun hanya selepas 5 perlawanan, dia memutuskan untuk angkat kaki sebagai tanda dia menentang sebarang bentuk rasisme. Pardew kehilangan sebahagian besar daripada kontraknya. Tetapi dia tidak pedulikan perkara itu. Ini adalah solidaritinya buat para pemainnya yang dicemuh dengan perkauman.