Jose Mourinho mendedahkan bahawa, hanya ada satu kekalahan sahaja yang membuatkannya menagis di dalam karier.

Ianya adalah ketika Real Madrid disingkirkan Bayern di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah pada 2012.

Mourinho tidak dapat menahan sebak dan kecewanya sehingga menangis di dalam kereta.

Ketika itu Mourinho berjaya menamatkan dominasi Barcelona bersama dengan Guardiola. Mereka juga dalam kedudukan terbaik untuk menjuarai UCL.

Namun sayangnya, disingkirkan oleh Bayern menerusi penentuan penalti. Cristiano Ronaldo, Kaka dan Sergio Ramos kesemuanya gagal menyempurnakan tugasan mereka.

Mourinho berkata kepada Marca: “Itulah bola sepak. Cristiano, Kaka, Sergio Ramos. Mereka bertiga ibarat raksasa di dalam bola sepak, tiada keraguan untuk itu.”

“Namun mereka pada masa yang sama tetap manusia biasa. Malam itu adalah satu satunya malam saya menangis kerana perlawanan bola sepak.”

“Saya ingat lagi, saya dan Aitor [Karanka] parkir di depan rumah saya, dalam kereta saya menangis. Sangat sukar nak menerima kekalahan itu.”

“Sebabnya, pada musim 2011/12, kami adalah pasukan terbaik di Eropah.”

Fever-Tree Championship – Day Six – Queen’s Club

Bercakap tentang kejayaan Real Madrid mencatatkan 100 mata dengan 121 gol, Mourinho berkata: “Kami bukan sahaja menang liga, tetapi turut menamatkan dominasi Barcelona dengan cara yang bersejarah.”

“Itu adalah kejuaran liga hatrik saya, jika kita ketepikan kejuaraan di Portugal. Saya nak kemenangan liga di England, Itali dan Sepanyol.”

“Saya saya masih kekal satu-satunya jurulatih yang berjaya melakukannya.”

“Saya benar-benar mahu berada dalam lipatan sejarah bola sepak dengan cara begitu. Saya juga sayangkan Real Madrid dan menang bersama Madrid.”

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah

Ini Pasukan Tahunan EPL 2019/20 Pilihan EA Sports

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium

Sebelum Meninggal, Saya Nak Menang Piala Dengan Spurs