Naib juara saingan Myanmar Premier League (MPL) 2020, Hantharwady United FC hari ini telah mengumumkan pemain sayap mereka iaitu Hein Htet Aung akan menyertai sebuah pasukan di Selangor bagi musim 2021 nanti.

Memetik kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi kelab Hantharwady United FC, mereka melakukan pengumuman penghijrahan Hein Htet Aung serta memberikan beberapa maklumat mengenai latar belakang pemain sayap tersebut.

Berusia 19 tahun, Hein Htet Aung merupakan anggota skuad kebangsaan Myanmar U18, U19, U21 dan U23 serta mula menyertai kelab Hantharwady United pada tahun 2018 dari Myanmar Football Academy.

Menurut kemaskini laman sosial itu juga, Hein Htet Aung telah beraksi dalam 54 perlawanan untuk Hantharwady United FC sejak 2018 dan musim 2020 ini beliau pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik bulan September dalam saingan Myanmar Premier League (MPL).

119775232_785643212252463_4547026994751194266_n

Hein Htet Aung yang turut berkongsi post tersebut dilaman sosial Facebook peribadinya itu, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu beliau ketika bersama Hantharwady United FC selama 3 musim.

Screenshot 2020-12-22 at 11.43.38 PM Screenshot 2020-12-22 at 11.47.49 PM

132653198_232130951643250_2162178230238609994_n

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Selangor FC mengenai status Hein Htet Aung samada akan menyertai SFC atau SFC II, mahu pun dari kelab lain yang berpangkalan di Selangor. Namun dijangka pengumuman mengenai Hien Htet Aung akan dilakukan dalam masa terdekat.

Kemaskini 24/12/2020, 2.30 PM: Hein Htet Aung akan menyertai pasukan Selangor FC II sebagai salah seorang pemain import pasukan itu.

Dari maklumat yang diterima, pemain import dalam pasukan Selangor FC II kesemuanya berusia bawah 21 tahun.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: JDT Umumkan Ketibaan Danial Amier, TMJ Puji Sikap Berani Sahut Cabaran Berada Di JDT

“Tak Juga. Kalau Tak Ada Kepala Otak Pun Tak Boleh Buat Apa-Apa.” – Reaksi TMJ Terhadap ‘Anak Raja, Semua Boleh Buat.’

Datuk Verdon Bahanda: Drama Individu Dalam SAFA Belum Tamat, Dato’ Sri Bung Mokhtar Peneraju Baharu SAFA