Pengerusi kelab Hanoi FC, Do Vinh Quang dengan yakin mendedahkan kepada pihak media di Vietnam bahawa kelabnya berkemampuan untuk membayar gaji Van Hau supaya pemain itu dapat menimba pengalaman bersama kelab SC Heerenveen.

Rundingan diantara kedua-dua buah kelab untuk terus mengekalkan Doan Van Hau bersama SC Heerenveen secara pinjaman ketika ini masih lagi tidak dapat diputuskan walaupun kontrak asalnya akan tamat hari ini.

“Masalah utama yang dihadapi oleh pasukan SC Heerenveen bagi mengekalkan Doan Van Hau adalah ketiadaan rakan penaja yang akan membayar gaji pemain yang dilahirkan pada tahun 1999 itu untuk terus kekal di Belanda.”

Do_Vinh_Quang_CLB_Ha_Noi_1_zing

“Kami faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh SC Heerenveen yang terjejas teruk akibat COVID-19, dimana beberapa pemain penting mereka juga terpaksa dilepaskan untuk mengurangkan bebanan.”, jelas Do Vinh Quang.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa sekiranya SC Heerenveen gagal memberikan perancangan yang jelas mengenai masa depan Van Hau, Hanoi FC tidak keberatan untuk membawa pulang pemain itu kembali ke kelab asalnya.

7

“Hanoi FC tidak meletakkan isu kewangan dan komersil sebagai fokus utama dalam rundingan dengan SC Heerenveen. Apa yang kami mahu adalah untuk Van Hau terus beraksi secara profesional di eropah. dan kami mahu membuktikan bahawa pemain Vietnam sudah semakin menghampiri tahap permainan benua Asia seperti Korea dan Jepun.”, tegas pengerusi Hanoi FC yang dilahirkan pada tahun 1995 itu lagi.

Kontrak pinjaman Van Hau bersama SC Heerenveen akan tamat hari ini dan selepas hampir 1 tahun beliau berada di Belanda banyak perubahan dapat dilihat terutama dari sudut fizikal dan kecergasan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

Kelab Ceres Negros ‘Bungkus’ Selepas Pemiliknya Muflis, Gagal Bayar Gaji Pemain 2 Bulan

“Walau Macam Mana Pun Keadaan Disana Saya Kena Hadaplah, Ini Impian Saya, Ini Yang Saya Nak”- Luqman Hakim

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group