Seorang bekas pemain bola sepak profesional Liga Malaysia kini dilaporkan sedang mencari penyelesaian terhadap isu tunggakan gaji yang masih belum dijelaskan.

Tuah Iskandar, seorang pemain pertahanan bersama beberapa pasukan seperti JDT II, Perak, PJ Rangers dan Hanelang masih mempunyai bayaran gaji tertunggak berjumlah RM64,000.

Menurut beliau lagi, dalam kontrak yang ditandatangani itu mempunyai satu klausa dimana kontrak pemain akan terbatal secara automatik sekiranya kelab gagal membayar gaji selama 3 bulan berturut-turut.

Jelas beliau lagi, sejak tahun 2018 hingga sekarang isu ini masih tiada penghujungnya dan kelab sekadar berdiam diri serta tiada tindakan dari FAM terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Kami juga telah berjaya menghubungi beberapa pemain lain yang terlibat, dan maklum balas yang diterima adalah bayaran tunggakan seperti dalam gambar dibawah masih belum diterima lagi.

0788A6A3-6DAF-4AEE-817B-4BD234B8CABB

Berdasarkan kenyataan FAM bertarikh 13 November 2018, Hanelang FC berhutang dengan 20 orang pemain dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1,096,000.

Mungkin ada pemain-pemain yang kini masih mencari cara terbaik untuk mereka menuntut bayaran tersebut namun semua yang terlibat perlu bersatu untuk memastikan hak mereka dibayar.

Berkemungkinan selepas ini akan ada pihak peguam yang akan cuba membantu kes-kes sebegini selain memberikan isyarat atau amaran kepada pasukan-pasukan lain supaya tidak melakukan perkara sama jika tidak mahu berdepan tindakan lebih lanjut.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Saigon FC Diumumkan Sebagai ‘Asia Strategic Partner’ FC Ryukyu, Peluang Besar Majukan Industri

Hadi Fayyadh Turun Beraksi Bersama Azul Claro Numazu Dalam ‘Training Match’ Berdepan Tokyo Verdy

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise