Sejak mula dijual kira-kira 19 hari yang lalu, produk ‘energy bar‘ kerjasama pengeluar IKS Gadis Baker dengan kelab bola sepak tempatan Kerteh FC kini sudah mula melihat hasil yang memberangsangkan.

Lebih dikenali sebagai ‘Joyah’, produk ‘energy bar‘ ini sudah pun dijual hampir 1000 unit dalam tempoh tersebut bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga turut menerima tempahan dari Singapura!

Mungkin bagi sesetengah pihak, angka-angka ini adalah sangat kecil namun apa yang lebih bernilai disini adalah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu jenama itu mampu untuk mengangkat ekonomi IKS setempat, seterusnya mencipta satu komuniti kuat kepada kelab bola sepak itu sendiri.

joyah1

‘Joyah’ dijual pada harga RM4.90 seunit boleh didapati melalui platform Shopee, membuktikan peranan kelab bola sepak – Kerteh FC khususnya disini, sebagai satu entiti yang menghubungkan komuniti setempat dengan pasaran yang lebih luas diluar sana menggunakan kepakaran yang sedia ada.

Ini adalah satu ‘win-win situation‘ untuk semua pihak iaitu IKS, kelab bola sepak dan komuniti.

Anda rasa Gadis Baker selaku pengeluar gembira atau tidak dengan perkara ini?

Jika diperhatikan, produk ini tidak berkaitan dengan bola sepak secara langsung pun sebenarnya, tetapi perniagaan atau hasil dari ‘non-football related‘ ini mampu untuk membantu survival & sustanability kelab untuk tempoh jangkamasa panjang.

lamb

Sudah pasti tidak cukup dengan 1 produk sahaja, dan difahamkan juga Kerteh FC sudah memiliki barisan produk dalam kategori Food & Beverages (F&B) yang sedia dipasarkan selain mencari lebih banyak lagi produk yang berpotensi dari IKS tempatan khususnya.

maruku

Kitaran seperti ini akan melibatkan semua pihak dikawasan Kerteh khususnya bakal mencipta satu komuniti dan industri berkaitan dengan bola sepak secara langsung atau pun tidak seterusnya memacu perkembangan ekonomi tempatan jika diteliti.

Inilah yang perlu dilakukan sebenarnya oleh semua kelab bola sepak baik kecil ataupun besar. Biarpun beraksi dalam saingan Liga M4, apa yang Kerteh FC lakukan ini tidak keterlaluan jika dikatakan jauh lebih berdaya saing berbanding sesetengah kelab profesional lain di Malaysia.

Jemput baca beberapa lagi artikel lain berkaitan bola sepak tempatan yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Kerteh FC Berjaya Jual 350 ‘Joyah’ Dalam 5 Hari, Jana Pendapatan 4 Angka Dari Produk SME Tempatan

Stadium Sultan Ibrahim Jadi Venue Spartan Stadion, Kukuhkan Lagi Reputasi JDT Diperingkat Dunia

Sabah FC Buat Pelaburan Jangka Panjang, Pasang Papan Iklan LED Dan ‘Bucket Seat’ Di Stadium Likas