Pada tahun 2018, badan pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) telah menandatangani perjanjian bernilai RM300 juta dengan syarikat penstriman video iaitu iflix untuk menyiarkan semua perlawanan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana.

Bagaimanapun, perjanjian itu menemui titik noktah sehingga menyebabkan MFL mengambil tindakan undang-undang terhadap iflix kerana dikatakan telah melanggar syarat kontrak.

Perkembangan itu turut disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin melalui laporan dalam New Straits Times. 

“Mereka tidak menghormati kontrak dengan MFL untuk separuh kedua musim 2018 dan sepanjang musim 2019.

“Saya tak boleh dedahkan lebih lanjut kerana perkara ini sedang dibicarakan di mahkamah,” kata Hamidin.

download-1-1
iflix

Ini bukan kali pertama MFL berdepan dengan isu penajaan untuk Liga Malaysia kerana sebelum ini mereka memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perlanggaran kontrak penajaan oleh syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM).

MFL menerusi kenyataannya memaklumkan tindakan undang-undang itu adalah demi melindungi kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Usahasama pertama antara FMLLP (MFL) dan iflix ketika itu mewakili masa depan hiburan sukan, mengutamakan peminat, membawa bola sepak Malaysia kembali kepada masyarakat.

Iflix-Taja
FOTO: FAM

Semua 20 juta pemilik telefon pintar dan para peminat bola sepak tempatan mendapat akses langsung tanpa had ke konten premium bola sepak Malaysia untuk pertama kalinya.

Namun, baru-baru ini syarikat gergasi dari China, Tencent yang popular dengan aplikasi WeChat mengesahkan telah ambil alih iflix. Difahamkan tujuan pengambil alihan iflix ini adalah sebahagian daripada usaha Tencent dalam menguasai platform penstriman sekitar Asia Tenggara.

Pengambil alihan ini tidak diumumkan nilainya oleh pihak Tencent walau bagaimanapun sumber daripada Variety melaporkan iflix berjaya dimiliki Tencent dibawah nilai sebenar yang diumumkan pada tahun 2019 iaitu sekitar $1 bilion (RM4.28 bilion).

Menerusi pemilikian oleh Tencent, jenama ini bukan sahaja mahu menguasai platform penstriman Asia Tenggara, malah Tencent yang memiliki platform penstriman muzik, JOOX serta game popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dilihat sangat bersedia dalam menguasai industri hiburan atas talian.

Mengulas mengenai masa depan iflix, berkemungkinan besar platform ini bakal diintegrasikan bersama beberapa platform lain dibwah Tencent seperti WeTV dan sebagainya. Setakat ini masih belum terdapat sebarang kenyataaan rasmi daripada pihak iflix mengenai gabungan ini.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Liga  Malaysia melalui pautan dibawah. 

FAP Selesaikan Tunggakan Gaji Berjumlah RM12 Juta

Program ‘Local Giant’ Oleh Selangor FA Berjaya Tarik 45 Penaja SME Bernilai RM700,000 Bagi Musim 2020

Presiden KFA: “Saya Tak Akan Guna Duit Rakyat Bayar Tunggakan Gaji Pemain Kedah”