Pemain yang dibawa masuk untuk menggantikan Erling Haaland, Sebastian Haller, kini disahkan menghidap tumor di bahagian testis.

Penyerang baharu Borussia Dortmund, Sebastian Haller, terpaksa menamatkan pra-musimnya lebih awal.

Dia dibeli dengan harga €31 juta Dari Ajax, selepas Borussia Dortmund dijual pada harga €65 juta ke Manchester City.

Dan kini dia telah disahkan terpaksa diketepikan daripada aksi pra musim Borussia Dortmund.

Kelab turut mengesahkan secara rasmi tentang perkara tersebut.

Ketumbuhan di bahagian testis Sebastian Haller telah diketahui oleh pakar perubatan pada Isnin. Ianya selepas Haller mengadu bahawa badannya rasa tak sihat.

Haller akan menjalani rawatan lanjut dan intensif di klinik khas yang telah disediakan oleh Dortmund bagi membantunya membuang ketumbuhan tersebut.

Haller mendapat sokongan daripada rakan rakannya yang yakin bahawa pemain itu akan mampu melawan penyakit tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Haller beraksi di Liga Jerman. Sebelum ini dia pernah bermain untuk Eintracht Frankfurt.

Musik lalu dia menjaringkan 47 gol daripada 65 perlawanan. Membuatkan beliau dianggap sebagai calon pengganti terbaik kepada Erling Haaland yang menjadi penyerang sangat prolifik ketika beraksi untuk Dortmund.

Buat masa ini masih tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh Haller dijangka pulih daripada penyakit tersebut.

Apa yang pasti dia akan terlepas aksi awal musim ini.

Borussia Dortmund memulakan kempen 2022/23 dengan melayan kunjungan Bayer Leverkusen di Signal Iduna Park.