Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) semalam telah menandatangani perjanjian penajaan dengan syarikat sukan bumiputera berjenama tempatan, Hakka Clo PLT bertempat di Sri Pahang Lounge, Kuantan.

Menerusi perjanjian ini, Hakka Clo Plt akan membekalkan kelengkapan sukan untuk para pemain dan jurulatih kelab tersebut untuk saingan Liga Malaysia selama 2 tahun dengan jumlah tajaan keseluruhan bernilai RM1,131,533.

“Untuk makluman, Hakka Clo Plt telah beroperasi lebih 10 tahun di dalam perniagaan pembekalan kelengkapan sukan sebelum mengembangkan perniagaan dengan pembukaan kilang pembuatan jersi sublimation sendiri pada 2016,” tulis kenyataan rasmi.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan tersebut diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohamed Suffian bersama CEO Hakka Clo Plt, Noor Soallihin Mohamed.

Dengan penajaan daripada syarikat tersebut, Sri Pahang berpeluang mempunyai template jersi rekaan sendiri yang akan disediakan oleh Hakka Clo Plt. Selain jersi dan t-shirt, Hakka juga mempunyai kasut dan topi mereka sendiri dan mungkin akan dipakai oleh pasukan Sri Pahang.

“Kami berharap dapat bersama memacu menaikkan nama Sri Pahang FC sebagai sebuah pasukan yang disegani di dalam Liga Super Malaysia untuk musim 2022-2023.

“Dengan pakaian yang ditaja ini, terutama dalam aspek kualiti, ia diharap dapat memberikan keselesaan dan semangat kerana pakaian juga boleh menaikkan motivasi pemain,” kata CEO Hakka Clo Plt, Noor Soallihin Mohamed.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah. 

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syazwan Andik Dan Fadhli Shas Sah Sertai Melaka United

Selangor Beri Makna Cukup Besar Buat Nidzam Jamil