25 Oktober 2020 adalah tarikh akhir siaran saingan Thai League akan disiarkan oleh pemegang hak penyiaran semasa liga bola sepak Thailand, TrueVision selepas mereka dilaporkan gagal menang dalam bidaan untuk musim seterusnya.

Berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh media bola sepak Thailand, sebuah syarikat yang dikenali sebagai Zense Entertainment muncul sebagai calon kuat untuk memenangi bidaan sebagai pemilik hak penyiaran terbaru.

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebelum ini menerima sekitar THB1.2 bilion atau RM158,355,893 untuk tempoh 3 tahun pemilikan, namun Zense Entertainment hadir dengan bidaan gila RM197,845,528 semusim!

Jika sebelum ini tawaran adalah untuk tempoh setiap 3 tahun sahaja, bermula musim 2021 FAT membuka tawaran bidaan untuk 8 musim akan datang dan Zense Entertainment dikatakan membida tawaran pemilikan itu pada harga keseluruhan RM1.582 bilion!

Syarikat itu sebelum ini telah berjaya menghasilkan beberapa program TV terkenal di Thailand seperti Show Me the Money Thailand, Sing Your Face Off, danThe Money Drop Thailand, turut dilaporkan sudah membuat bayaran pertama dari keseluruhan ‘deal’ itu kepada FAT dan bakal menyiarkan perlawanan Thai League menggunakan platform TV, Facebook dan Youtube.

Mengenai Zense Entertainment: Syarikat ini mula menerbitkan program TV kreatif sekitar 10 tahun lalu dan hanya memiliki 6 orang kakitangan. Ketika ini mereka sudah mempunyai lebih 150 pekerja berpengalaman dan 12 program TV yang menjadi bualan hangat seluruh rakyat Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

Ratusan Bungkus Maruku Terjual Dalam 2 Bulan, Indikator Awal ‘F&B Business’ Kerteh FC Semakin Kencang.

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya

Sumber