Pengendali skuad B-23 tahun Jepun, Hajime Moriyasu menegaskan beliau mahu membawa pemain yang memiliki kekuatan mental dan fizikal dalam usaha pasukan itu memenangi pingat emas Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah.

Menurut Moriyasu, skuad bimbingannya menunjukkan prestasi yang baik berbaki beberapa bulan sahaja sebelum temasya berlangsung khususnya selepas menewaskan Jamaica dengan 9-0.

Hajime Moriyasu
Sumber Gambar: The Japan Times

“Pasukan belum sempurna tetapi kami telah membuat persiapan yang rapi. Memandangkan pemain di semua peringkat umur menampilkan peningkatan, saya berpendapat kami akan berada dalam prestasi terbaik apabila Sukan Olimpik bermula.

Selain menguruskan skuad B-23 tahun, Hajime Moriyasu turut menjawat jawatan sebagai pengendali skuad senior dan beliau menambah fokusnya ialah mahu membentuk sebuah pasukan dimana pemain boleh menampilkan kemampuan mereka sambil mempunyai disiplin yang tinggi.

“Saya mahu mencipta satu persekitaran dimana para pemain boleh bekerjasama antara satu sama lain.

“Selain itu, mereka juga perlu mempunyai kemampuan untuk beraksi di pelbagai posisi serta bersedia untuk berkorban jika diperlukan,” kata Moriyasu.

Hajime Moriyasu
Aksi Kubo ketika bersama Real Madrid.
Sumber Gambar: Marca

Jepun bakal diperkuatkan oleh pemain seperti Takefusa Kubo serta Ritsu Doan yang ketika ini beraksi dalam saingan Eredivisie.

Moriyasu dikhabarkan turut mempertimbangkan untuk memanggil Shoya Nakajima serta pemain baharu Liverpool, Takumi Minamino untuk beraksi bersama Doan dan Kubo.

Baca artikel lain mengenai bola sepak Jepun di sini:

Vissel Kobe Paling Tinggi Purata Bayaran Gaji Di Jepun, 4 Kelab CSL Hampir Dua Kali Ganda Lebih Tinggi

Lukas Podolski Mungkin Tidak Sempat Bertemu JDT Di AFC Champions League 2020

Ikuti Temubual Khas Bersama Kazuyoshi Miura Yang Akan Kembali Ke J1 League Selepas 12 Musim, Berusia 53 Tahun