Pengendali skuad B-23 tahun Jepun, Hajime Moriyasu didesak untuk meletak jawatan setelah pasukan itu tersingkir daripada saingan AFC B-23 Tahun.

Jepun tewas pada perlawanan pertama kumpulan B kepada Arab Saudi dengan keputusan 2-1 dan mereka perlu meraih kemenangan pada perlawanan kedua menentang Syria semalam. Namun, segalanya bagaikan tidak menjadi apabila Jepun sekali lagi tewas sekaligus tersingkir daripada saingan.

Salah sebuah media, Football Channel menyatakan tersingkirnya Jepun dianggap sebagai malapetaka dimana temasya Sukan Olimpik 2020 berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk membuka tirai.

“Ini merupakan malapetaka sebelum temasya Sukan Olimpik bermula. Sejak skuad B-23 tahun tewas kepada Colombia pada November tahun lalu, pasukan itu terus mengalami kekalahan. Sasaran untuk memenangi pingat emas di laman sendiri ataupun melepasi cabaran peringkat kumpulan adalah kurang realistik.

“Untuk kembali meraih kemenangan, pasukan perlu membuat perubahan. Dalam erti kata lain, Hajime Moriyasu perlu digantikan.

Hajime
Hiroki Abe. Sumber Gambar: Barcelona

Kegagalan Jepun dalam saingan AFC B-23 Tahun edisi kali ini dipercayai kerana ketiadaan beberapa pemain bintang seperti Hiroki Abe dan Takefusa Kubo yang beraksi di La Liga serta beberapa pemain lain seperti Takehiro Tomiyasu (Bologna), Ritsu Doan (PSV) dan Tatsuya Ito (STTV).

Satu lagi pasukan gergasi yang tersingkir daripada kejohanan yang sedang dilangsungkan di Thailand itu ialah China yang turut tewas pada dua perlawanan peringkat kumpulan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Jepun di sini:

Jepun Mulakan Saingan AFC B-23 Tahun Dengan Kekalahan Di Tangan Arab Saudi

Jepun Tersingkir Dari Saingan AFC B-23 Tahun