Hasrat untuk melihat penyerang skuad kebangsaan Korea Utara, Han Kwang-song beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan tidak kesampaian ekoran masalah gaji yang perlu dibayar kepada pemain itu.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, pasukan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu. Namun, skuad Red Giants terpaksa melupakan hasrat mereka berikutan masalah gaji yang akan dihadapai sekiranya mendapatkan khidmat Kwang-son.

Masih belum jelas mengenai isu gaji Kwang-son sama ada bekas pemain Juventus itu meminta gaji yang terlalu tinggi bagi menandatangani kontrak bersama Selangor ataupun kaedah pembayaran gaji bagi rakyat Korea Utara yang terlalu rumit.

Han Kwang-son beraksi di Itali selama empat musim sebelum memutuskan untuk menyertai kelab Liga Qatar, Al-Duhail SC pada awal tahun ini. Pemain yang pernah menyarung jersi Cagliari, Perugia dan Juventus itu membantu Al-Duhail memenangi saingan Qatar Stars League musim lalu.

Selangor setakat ini masih belum mengumumkan barisan pemain import mereka setelah dua pemain, Taylor Regan dan Rufino Segovia tidak mendapat lanjutan kontrak bagi saingan musim 2021 nanti.

Hanya Ifedayo Olesegun yang dikekalkan manakala status dua lagi pemain, Sandro Da Silva dan Safuwan Baharuddin masih menjadi tanda tanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

JDT Umumkan Kerjasama Dengan Subway, Sebuah Kedai Akan Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim Tahun 2021

Tiga Pasukan Liga Super Berminat Dapatkan Khidmat R.Kogileswaran

Perak Mahu Dapatkan Khidmat Bekas Pemain Import Terengganu FC