Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan barisan kejurulatihan baharu yang akan menggalas tugas bersama pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim 2022.

Khidmat Nafuzi Zain terus dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih selepas menyambung kontraknya dengan skuad penyu. Malah, TFC kali ini membawa masuk seorang lagi pembantu jurulatih yang cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan iaitu Hairuddin Omar.

Hairuddin dipilih berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pemain skuad kebangsaan dan pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dalam skuad Malaysia B-19 pada tahun 2017 hingga 2018.

“Kemasukan Hairuddin dalam barisan kejurulatihan TFC diyakini mampu membentuk pasukan lebih mantap dan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain,

“Selain pengalaman luas sebagai pemain, beliau juga berpengalaman dalam mengurus pemain skuad bawah 19 tahun negara (B-19) bersama jurulatih senior, Bojan Hodak,” kata CEO TFC, Ab Rasid Jusoh.

FOTO: TFC

Ketika zamannya sebagai pemain profesional, Hairuddin telah beraksi di posisi penyerang bersama 6 pasukan Liga Malaysia iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, T-Team, Negeri Sembilan dan ATM.

Berdasarkan rekod, Hairuddin telah menjaringkan 13 gol dalam 54 penampilan di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Beliau juga pernah menjuarai Liga Super serta Piala FA bersama Pahang pada tahun 2004 dan 2006.

Selain itu, TFC turut mengekalkan khidmat bekas pemain, Tengku Hazman Raja Hassan sebagai pembantu jurulatih berdasarkan prestasi cemerlang pada musim ini.

CEO TFC percaya gandingan ketiga-tiga bekas pemain ini akan membantu skuad penyu berada dalam kedudukan terbaik Liga Super serta memburu tempat beraksi di pentas tertinggi iaitu Piala AFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Penang Berlatih Lebih Awal Sebagai Persiapan Hadapi Musim 2022

‘Kante Ganu’ Sah Sertai Kedah Darul Aman

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syihan Hazmi Mahu Kembali Sebagai Penjaga Gol Utama Negeri Sembilan Musim Depan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group