Penjaga gol utama Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mahu rakan sepasukannya berwaspada dengan ancaman yang bakal diberikan Kedah Darul Aman (KDA) pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Perak dan Kedah menerima nasib yang sama pada aksi minggu lalu apabila skuad kendalian Chong Yee Fatt itu tumbang 1-3 di tangan Selangor manakala Lang Merah kecewa di laman sendiri setelah tunduk 1-2 ketika menerima kunjungan Terengganu.

Bagaimanapun daripada segi kedudukan dalam Liga Super, Kedah yang berada di tempat kedua [16 mata], jauh meninggalkan Perak yang sekadar menduduki tangga kelapan dengan kelebihan lapan mata.

Dengan barisan penyerang yang cukup ampuh dimiliki Kedah terutamanya menerusi Kpah Sherman dan Tchetche Kipre, Hafizul melihat aspek tersebut merupakan ancaman terbesar buat Perak dalam usaha untuk kembali bangkit meraih tiga mata penuh.

“Kita kena berwaspada dengan kualiti Kedah yang sentiasa boleh jaringkan pada bila-bila masa terutama di minit terakhir permainan jika tidak mahu kecewa dalam perlawanan itu nanti,”

“Kedah sememangnya dari tahun lepas adalah lawan yang boleh menjaringkan gol pada tempoh lewat permainan dan kami masih ingat tewas kepada mereka selepas melakar kebangkitan daripada ketinggalan dua gol.”

“Namun mereka masih berjaya bangkit menjaringkan gol di babak kedua dan kami tewas 2-3, jadi aspek ini perlu diberikan perhatian di mana bukan saya sahaja tetapi seluruh rakan sepasukan harus pertingkatkan fokus sehingga wisel terakhir permainan.”

“Kedah pasti akan datang dengan gaya permainan menyerang kerana sudah tentu mereka mahu mengejar kedudukan teratas bagi meneruskan saingan merebut kejuaraan dan kita perlu perbaiki kesilapan-kesilapan lepas jika mahu meraih tiga mata, ” tambah Hafizul Hakim lagi.

Teruskan membawa artikel-artikel yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Reviu Jersi ‘Home’ JDT 2021 Yang Dapat Sambutan Hangat Penyokong

Penyokong Yang Hadir Ke Stadium Hang Jebat Ahad Ini Berpeluang Memenangi Motorsikal Honda

Teerasil Dangda Digugurkan Dari Senarai Pemain Skuad Thailand Ke UAE Akibat Kecederaan.