Kerana mulut, badan binasa !

Itulah perumpamaan yang mengambarkan situasi di kem Perak apabila seorang penyokong bakal disaman sebanyak RM5 juta kerana menuduh penjaga gol pasukan itu, Hafizul Hakim sebagai dalang insiden menurunkan bendera negeri separuh tiang.

Melalui satu komen di media sosial, seorang penyokong yang dikenali sebagai Mohamad Rizuwan menyatakan Hafizul sebagai ketua mengerakkan usaha turunkan bendera separuh tiang yang membawa maksud kemangkatan dan berkabung.

Hafizul yang berang dengan tuduhan itu mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas individu tersebut dalam masa terdekat.

Difahamkan Hafizul telah pun membuat dua laporan penafian serta laporan di Balai Polis Sungai Senam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Kebetulan saya menerima WhatsApp daripada rakan memaklumkan ada individu ini petik nama saya bahawa sayalah punca dan ketua yang membuatkan bendera itu turun separuh.

“Isu bendera separuh tiang ini kita tahu apa maknanya, jadi bila libatkan saya dan pemain-pemain, saya tak boleh duduk diam,” katanya dalam Sinar Harian. 

tuduh

Pengerusi Kelab Kebajikan Masyarakat Ipoh Selatan Al Yashir Yahaya turut membuat satu laporan polis berikutan isu menurunkan bendera Perak separuh tiang yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan individu tidak dikenali di Stadium Perak pada kira-kira 11.20 pagi.

Hafizul bagaimanapun tetap akan teruskan saman fitnah terhadap Mohamad Rizuan kerana menuduhnya tanpa sebarang bukti sehingga menjatuhkan imejnya.

“Saya dah rujuk perkara ini dengan Pegawai Keselamatan Pasukan dan akan teruskan dengan saman fitnah terhadap individu itu sebanyak RM5 juta. Proses ini akan diuruskan oleh peguam.

“Secara terus terang saya tidak mengenali individu itu, tetapi dia salah seorang penyokong dan saya tahu dia antara orang yang paling aktif maki saya dalam media sosial.

“Saya boleh terima orang tak suka dengan saya, tetapi jangan sampai buat tuduhan melulu sebegitu, ia tuduhan yang terlalu berat buat saya,” tegas Hafizul.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

CEO Sri Pahang: Kiko Insa Tiada Kena-Mengena Dengan Perpindahan Manuel Hidalgo

Shahrel Fikri Alami Kecederaan “Fibula Fracture“, Bakal Terlepas Aksi Kelayakan Piala Dunia

CEO Berjaya Corporation Antara 9 Individu Yang Dipilih Menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden FAM