Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim memberi bayangan beliau mungkin meninggalkan skuad The Boss Gaurus setelah pasukan itu menghadapi krisis tunggakan gaji yang kritikal musim ini.

Beberapa pemain utama mengambil keputusan untuk meninggalkan juara Piala Malaysia 2018 itu setelah majika mereka gagal untuk menjaga kebajikan pemain, dan mungkin Hafizul menjadi pemain terbaru yang meninggalkan Perak.

Hafizul Hakim
Sumber Gambar: Perak FC

“Sejujurnya memang saya mahu kekal di Perak kerana sudah lama berada di sini tetapi perkara ini rezeki dan saya perlu berbincang dengan pihak pengurusan dan melihat bagaimana perancangan mereka untuk jangka panjang kerana saya tidak mahu masalah yang sama berulang.

“Jika saya tidak mendapat maklum balas yang positif daripada pihak pengurusan, mungkin saya terpaksa keluar,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Hafizul Hakim dilantik sebagai ketua pasukan setelah Shahrul Saad menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) beserta pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

Dua lagi pemain iaitu Kenny Pallraj dan J.Partiban mengikut jejak langkah Shahrul serta Guilherme dengan meninggalkan pasukan dengan menyertai Kuala Lumpur City.

Pemain lain seperti Firdaus Saiyadi dan Nazirul Naim turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dimana beberapa kelab Liga Super berminat untuk mendapatkan khidmat dua pemain ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan

Saingan Liga M3 Ditunda Ke Satu Tarikh Baharu

Melaka United Dapatkan Penyerang Dari Brazil, Bakal Gantikan Nikolic Dan Goncalves