Bekas pemain sayap pasukan Perak dan PKNP FC, Hafiz Ramdan bakal beraksi bersama pasukan baharu pada saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila beliau menyertai Sri Pahang FC.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Hafiz dilihat bakal menggantikan Nik Shariff Haseefy yang berhijrah menyertai Selangor.

Hafiz menjadi salah satu pemain yang dikenali setelah beliau menampilkan prestasi cemerlang bersama PKNP atau yang kini lebih dikenali sebagai Perak II ketika musim 2018.

Penyerang uta a, Shahrel Fikri menyertai kelab Thai League 1, Nakhon Ratchasima secara pinjaman dan perkara ini secara tidak langsung menjadikan Hafiz Ramdan sebagai pemain harapan PKNP.

Hafiz yang turut dilantik sebagai ketua pasukan membantu PKNP menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di tangga ke-9 sekaligus mengelak tersingkir ke saingan Liga Perdana.

Hafiz Ramdan
Sumber Gambar: PKNP FC

Bagi saingan musim 2020, Hafiz bersama Perak namun beliau jarang membuat penampilan bersama skuad utama dimama pemain berusia 27 tahun itu sering diletakkan di skuad Perak II.

Dibawah kendalian bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Filipina iaitu Thomas Dooley, Hafiz dilihat mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan kembali rentak dan menjadi antara pemain sayap terbaik dalam Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Syahrul Azwari Sah Sertai Kelantan United

Thomas Dooley Sah Jurulatih Baharu Sri Pahang FC

Bekas Penyerang Persebaya, David Da Silva Sah Menyertai Terengganu FC