Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga M3 musim ini, Kuala Lumpur Rovers sah menandatangani bekas pemain Selangor dan Perak, Hafiz Kamal.

Pengurus pasukan, Ashraf Mazlan menjelaskan skuad ini dalam misi membuka jalan kepada pemain muda serta pemain yang terpinggir untuk kembali menyerlah.

Selain Hafiz, setakat ini KL Rovers sudah pun mengikat pemain-pemain khususnya daripada skuad Piala Presiden serta pemain yang pernah beraksi baik di Liga Super dan Liga Premier musim lalu.

Hafiz Kamal
Hafiz Kamal

Ashraf menegaskan pasukan ini tidak terikat dengan mana-mana persatuan dan paling utama bukan ‘Reserve Team’ kepada skuad Kuala Lumpur FA yang kini beraksi di saingan Liga Premier.

Sebaliknya, KL Rovers hanya mahu memastikan skuad kendalian Nazrul Erwan Makmur ini dapat menjadi platform kepada pemain muda yang tidak berpeluang menyerlah sebelum ini agar kembali membuka mata pasukan yang lebih hebat pada masa akan datang.

Hafiz Kamal
Ashraf Mazlan. Sumber Gambar: MFL

“Kami di sini ingin membantu pemain-pemain khususnya daripada skuad Piala Presiden sebelum ini untuk mereka bina kembali kerjaya bersama pasukan ini.

“Semuanya kita bergerak dan menguruskan pasukan ini sendiri di mana kita sudah mendapatkan semua pemain yang diinginkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat ini”, jelasnya.

Semalam, Amateur Football League (AFL) membuat pengesahan dimana Kuala Lumpur Rovers menjadi salah satu pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga M3.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga M3 di sini:

Nama Kelab M3 Dan M4 Mirip Pasukan Liga Super, Pengerusi AFL Ingatkan Peminat Jangan Mudah Keliru

Amateur Football League (AFL) Umum Penstrukturan Semula Liga M3, 20 Pasukan Dalam Saingan Musim 2020