Selepas berlangsungnya sidang media yang mengesahkan pemain muda negara, Hadi Fayyadh akan menyertai kelab J2 League Fagiano Okayama musim hadapan, satu perkara yang perlu diketahui adalah status Hadi Fayyadh tidak akan dikira sebagai pemain import.

Ini adalah kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang diiktiraf sebagai ‘J.League Partner Nations’ sejak bulan Februari 2015.

J.League Partner Nations

J.League Partner Nations ini merupakan negara-negara yang telah menjalinkan kerjasama dari pelbagai segi dalam arena bola sepak bersama J League. Negara-negara yang terlibat akan menerima tunjuk ajar, latihan, pendedahan dan sebagainya dari pihak J League secara terus dalam usaha membangunkan bola sepak secara bersama.

Sehingga sekarang 9 buah negara telah menjadi J League Partner Nations iaitu Thailand, Vietnam, Myanmar, Cambodia, Singapore, Indonesia, Iran, Malaysia dan Qatar.

J+League+Kick+Off+Conference+hQvC5qzqwk9l

Program ini dimulakan oleh JLeague pada 2012 dengan Thailand sebagai negara pertama yang diiktiraf diikuti oleh  Vietnam, Myanmar, Kemboja, Singapura, Indonesia dan Iran. Malaysia merupakan negara ke 8 dan terbaru Qatar merupakan negera ke 9 – terakhir setakat ini yang menerima ‘keistimewaan’.

Kuota Pemain Import.

Menurut Pegawai Perhubungan Antarabangsa J League, Koyama Kei, berdasarkan kepada perubahan terbaru ini, kelab-kelab J League dibenarkan menandatangani 5 orang pemain import dari mana-mana negara dan tiada had untuk menandatangani pemain dari negara-negara berstatus J.League Partner Nations. Untuk setiap perlawanan, hanya 4 pemain import termasuk 1 pemain dari Asia.

Manakala bagi pemain berstatus J.League Partner Nations, mereka diiktiraf sebagai ‘pemain tempatan’ dan boleh diturunkan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada kuota pemain import yang boleh diturunkan seperti diatas.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group