Penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak teruja kembali beraksi bersama Azul Claro Numazu setelah berehat panjang ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami.

Hadi memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya menunjukkan beliau menyertai sesi latihan pasukan baru-baru ini.

“Terima kasih untuk ucapan dan sokongan yang diberikan dan saya sangat menghargainya. Saya memperoleh motivasi dan teruja untuk membuat penampilan semula.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada pihak Fagiano Okayama kerana menjaga saya dan urusan pembedahan saya,” kata Hadi Fayyadh.

Pemain yang sudah berkelana ke Jepun selama 3 tahun itu telah mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac 2021 yang lalu ketika menjalani sesi latihan bersama Azul Claro Numazu.

Kontrak pinjaman Hadi Fayyadh bersama Azul Claro Numazu adalah selama 1 musim dan akan tamat pada hujung tahun 2021 ini. Sekiranya tidak dilanjutkan, beliau akan kembali ke Fagiano Okayama bagi meneruskan misi mencari tempat dalam aksi bola sepak Jepun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Hadi Fayyadh Kembali Sertai Latihan Azul Claro Numazu Selepas 3 Bulan Tersisih Akibat Kecederaan ACL

JDT Adalah Penanda Aras Bola Sepak Asia Tenggara

Chanathip Beri Cadangan Agar Skuad Kebangsaan Thailand Dikendalikan Jurulatih Tempatan