Pemain Malaysia yang kini sedang beraksi bersama Fagiano Okayama dalam saingan J2 League, Hadi Fayyadh secara rasmi mengumumkan beliau dilantik sebagai duta untuk mempromosikan pelancongan di prefektur Okayama.

Hadi secara peribadi mengumumkan perkara itu melalui lama sosial rasmi Instagram beliau, nyata gembira serta teruja untuk terlibat secara langsung membantu untuk memperkenalkan kebudayaan tradisional, makanan tempatan serta banyak lagi.

Berita gembira itu juga hadir selepas Hadi Fayyadh berjaya menjaringkan 1 gol ketika Fagiano Okayama mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Sanfrecce Hiroshima Sabtu lalu.

Dalam Instagram rasmi Okayama Health Tourism juga ada memuat naik video ucapan Hadi Fayyadh kepada semua rakyat Malaysia.

Pemain berusia 20 tahun itu kini dalam tahun kedua bersama Fagiano Okayama dan diharapkan mampu untuk mempamerkan aksi yang baik demi merebut tempat dalam skuad utama seterusnya mencerahkan peluang untuk muncul sebagai pemain Malaysia pertama tampil dalam saingan J.League.

Tahniah Hadi Fayyadh, teruskan usaha untuk menerokai karier bola sepak di Jepun!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Projek ‘Derma’ Urawa Reds Berjaya Kumpulkan Dana Berjumlah RM1.43 Juta Dalam Tempoh 24 Jam.

Skuad FIFA Ranking 96 Dunia Uji Vietnam Sebelum Berdepan Malaysia Di Bukit Jalil

‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group