Pemain Malaysia yang kini berpangkalan di Jepun, Hadi Fayyadh hari ini telah kembali bersama kelab Azul Claro Numazu selepas 3 bulan tersisih akibat kecederaan ACL.

Perkara itu telah diumumkan oleh Azul Claro Numazu menerusi satu kemaskini laman sosial Twitter rasmi kelab dan telah menerima kata-kata semangat dari penyokong-penyokong kelab dari bandar Numazu itu.

Pemain yang sudah berkelana ke Jepun selama 3 tahun itu telah mengalami kecederaan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac 2021 yang lalu ketika menjalani sesi latihan bersama Azul Claro Numazu.

Hadi Fayyadh dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses rehabilitation dan kini beliau sudah pun hampir pulih sepenuhnya dan bersedia untuk turun bermain.

Kontrak pinjaman Hadi Fayyadh bersama Azul Claro Numazu adalah selama 1 musim dan akan tamat pada hujung tahun 2021 ini. Sekiranya tidak dilanjutkan, beliau akan kembali ke Fagiano Okayama bagi meneruskan misi mencari tempat dalam aksi bola sepak Jepun.

Teruskan membaca artikle-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Hadi Fayyadh Sekali Lagi Dilantik Sebagai Duta Pelancongan Bandar Okayama 2 ‘Musim’ Berturut-Turut.

Skuad Harimau Malaya Dikaitkan Dengan Perlawanan Persahabatan Berdepan Palestin Bulan September Nanti

Perpindahan Kyogo Furuhashi Ke Celtic FC Bernilai RM29 Juta, Sekolah Tinggi Kokoku Terima RM435,000