Penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menjaringkan gol pertama buat Fagiano Okayama dalam saingan J League Development Matchday.

Hadi menjaringkan satu gol ketika Fagiano Okayama menewaskan pasukan Gainare Tottori dengan keputusan 4-3.

Fagiano Okayama
Sumber Gambar: Fagiano Okayama

J League Development Matchday merupakan satu siri perlawanan persahabatan yang diadakan untukbpemain berusia 18 hingga 23 tahun yang mendapat kontrak pro bersama kelab pada tahun pertama hingga tahun kelima namun jarang mendapat minit bermain yang cukup.

Saingan ini melibatkan enam pasukan iaitu Fagiano Okayama, Gainare Tottori, Sanfrecce Hiroshima, Renofa Yamaguchi, Tokushima Vortis dan Ehime FC.

hadi fayyadh
Sumber Gambar: NSTP/OSMAN ADNAN

Satu permulaan yang baik bagi Hadi Fayyadh bersama Fagiano. Diharapkan beliau terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih pasukan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akan datang.