Hadi Fayyadh, pemain Johor Darul Ta’zim II kini berada di Kumamoto bagi menyertai satu sesi percubaan bersama kelab J2 League, Roasso Kumamoto.

Selepas menerima tawaran tersebut, Hadi tidak menyertai skuad bola sepak Sukan Asia 2018 untuk tidak melepaskan peluang yang mungkin akan mengubah karier bola sepak beliau.

Yakult Malaysia muncul sebagai penaja kepada Hadi serta bapanya sepanjang berada di Jepun untuk sesi percubaan itu. Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada memberitahu bahawa Yakult akan membantu segala perkara sepanjang sesi latihan bersama Roaaso Kumamoto.

hadi fayyadh

“Semua kos membabitkan penerbangan dan penginapan Hadi dan ayahnya Abd Razak akan ditanggung sepenuhnya”

“Bagi pihak Yakult, kami berkongsi kegembiraan apabila Hadi terpilih untuk menyertai latihan bersama Roasso Kumamoto. Kami difahamkan kelab tersebut berminat untuk memanggilnya apabila melihat mutu permainan yang dipamerkan semasa kami menaja pasukan Malaysia menyertai Piala Sanix, awal Mac lalu.”

Menurut Hamada lagi, beliau melalui Yakult akan cuba membantu juga bakat-bakat lain yang ada di Malaysia untuk diberikan peluang menimba ilmu di Jepun.