Hadi Fayyadh, pemain Malaysia yang kini sedang bersama kelab J3 League, Azul Claro Numazu secara pinjaman berjaya muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang turun beraksi secara rasmi dalam saingan J.League hari ini.

Penyerang yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad Sukan SEA Malaysia ke Vietnam itu sebenarnya diletakkan sebagai pemain simpanan buat kali pertama dalam aksi J3 League dan seterusnya diberikan peluang untuk melakukan debut di liga bola sepak Jepun.

Berdasarkan rekod rasmi yang dikeluarkan oleh J.League Data Stats, Hadi Fayyadh kini memiliki 6 minit permainan dalam liga bola sepak profesional Jepun selepas mengumumkan ketibaan beliau bersama Fagiano Okayama sekitar bulan Disember 2018 yang lalu.

Pastinya Hadi Fayyadh amat gembira dengan apa yang diperolehi oleh beliau hari ini selepas begitu lama menantikan saat sebegini selain turut mengalami kecederaan serius dimana beliau tersisih selama beberapa bulan.

Azul Claro Numazu yang turun untuk berdepan dengan Vanraure Hachinohe untuk perlawanan ke-4 saingan J3 League berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 keatas bekas kelab pemain pertahanan Kelantan United, Shuhei Fukai.

Sebelum ini 2 pemain Malaysia iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah bersama kelab FC Ryukyu tetapi pada ketika itu saingan J3 League masih belum wujud, dan Wan Zack Haikal telah beberapa kali diturunkan dalam aksi Japan Football League (JFL).

Nota: JFL pada ketika itu merupakan saingan tier ke-3 dalaamm hierarki bola sepak Jepun, namun sejak kewujudan J3 League, JFL sekarang merupakan saingan tier ke-4 di Jepun.

Semoga Hadi Fayyadh akan terus diberikan peluang dan kepercayaan dalam pasukan untuk perlawanan seterusnya.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

“Rasa Macam Raja, Tak Dapat Macam Ni Di Jepun!” – Penyokong Frontale Teruja Lihat Polis ‘Escort’ Bas Pemain

JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand

TERKINI: Akibat ‘Tunjal’ Kepala Bergson, Pemain Guangzhou FC Ditamatkan Kontrak, Ketua Jurulatih Dipotong Gaji 3 Bulan