Bekas penyerang skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Hadi Fayyadh Abdul Razak menegaskan kekurangan minit permainan bersama skuad utama Fagiano Okayama tidak akan menjejaskan peluangnya untuk disenaraikan dalam skuad Malaysia B-23 bagi menghadapi temasya Sukan SEA Filipina pada bulan November.

Bercakap dalam temubual bersama Stadium Astro, meskipun tidak beraksi dalam saingan Liga divisyen 2 (J2 League), beliau tetap diturunkan dalam aksi persahabatan setiap minggu yang memberi peluang kepada pemain simpanan beraksi.

“Memang saya kurang bermain dalam Liga J2 tetapi masih ada kejohanan untuk pemain simpanan, jadi saya akan diturunkan setiap minggu. Ia satu perkara positif buat saya.

“Walaupun ia tidak kompetitif seperti liga, sekurang-kurangnya saya dapat bermain,” katanya.

Hadi Fayyadh

FOTO: Sukan Sinar

Difahamkan Hadi beraksi dalam saingan JLeague Ikusei iaitu sub liga untuk pemain professional yang mendapat kurang minit permainan. Ia merupakan inisiatif dari JLeague, untuk membantu para pemain profesional yang tidak memiliki atau kurang mendapat minit permainan dalam saingan liga sebenar.

Saingan J2 League musim 2019 kini sudah memasuki perlawanan yang ke 32, dan Hadi Fayyadh masih lagi tidak berjaya untuk memecah masuk sekurang-kurangnya dalam skuad 18 pemain yang tersenarai dalam perlawanan liga.

Ikusei itu sendiri sebenarnya membawa maksud pembangunan, dan jelas disini bahawa pihak JLeague cuba memberikan sokongan kepada pemain yang kurang mendapat tempat.

Bagi tahun 2019, ada 6 pasukan yang bersetuju untuk menyertai saingan JLeague Ikusei Matchday iaitu;

  • Fagiano Okayama
  • Gainare Tottori
  • Renofa Yamaguchi
  • Tokushima Vortis
  • Ehime FC
  • Sanfrecce Hiroshima
Hadi Fayyadh

FOTO: Perak Today

Bagaimanapun, Hadi turut mengakui selesa berada di kelab tersebut dan mahu terus mengembangkan kerjaya dalam bola sepak Jepun.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan bagus di sini. Jika tidak, saya memang sudah balik. Saya selesa dan gembira berada di sini.

“Pemain semua sudah seperti keluarga saya. Mereka semua menerima saya dengan baik dan saya amat bersyukur untuk berada di sini,”tambahnya.

Baca lebih lanjut mengenai perkembangan Hadi Fayyadh ketika bersama Fagiano Okayama.

Ini Sebab Mengapa Hadi Fayyadh Beraksi Dalam Saingan ‘JLeague Ikusei Matchday’

Hadi Fayyadh Tidak Berstatus Pemain Import Bersama Fagiano Okayama Dalam Saingan J2 League

Hadi Fayyadh Jaringkan Gol Pertama Bersama Fagiano Okayama

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group