Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dalam satu temu bual secara langsung pihak RTM Sports bersama Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada pagi tadi, ada beberapa perkongsian yang dibuat terutamanya aktiviti berkaitan bola sepak.

Ketika menjawab salah satu dari soalan yang diajukan oleh hos program Blindside itu, Hiroshi Hamda menyatakan bahawa Hadi Fayyadh adalah sebahagian dari aktiviti CSR syarikat tersebut di Malaysia.

Kenyataan ini jelas sedikit sebanyak menjawab persoalan yang selama ini menyelubungi ramai peminat bola sepak Malaysia berkenaan Hadi Fayyadh yang menyertai kelab Fagiano Okayama pada akhir 2018 yang lalu.

Hos program mengajukan soalan seperti berikut;

“Sebentar tadi saya baru sahaja bercakap dengan Hadi Fayyadh, awak (Hiroshi Hamada) adalah orang penting yang membawa Hadi ke Jepun. Jadi, adalah anda ada perancangan untuk membawa pemain lain ke Jepun selepas ini?”

RTM

Menjawab soalan itu, Hiroshi Hamada memberikan jawapan seperti berikut;

OK. But..actually in case of Hadi Fayyadh, is one of our CSR activity to the Malaysia country especially for football industry. So, we still consider we are not football agent, we are just drink company Yakult, that’s why we contacting our Japanese conneciton in J.League and that’s why i got information from them.”

“Japan is always pay attention to young talented player in ASEAN countries.

So that’s why our role is to regularly organize grassroot event, that allowed young talented Malaysia player to showcase their talent to Japanese club. If anyone interested playing in Japan, we welcome them but we only assist them to introduce (to) Japanese club.

Terlebih dahulu sebelum itu, hos program telah menemu bual sendiri Hadi Fayyadh dan beliau telah memberitahu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasarannya tahun ini seperti mendapatkan tempat dalam skuad utama, membantu Fagiano Okayama naik ke saingan J1 League serta menjaringkan gol.

Untuk menonton keseluruhan sesi temubual dengan Hadi Fayyadh dan Hiroshi Hamada, sila layari link dibawah.

RTM Sports News: Temubual Hadi Fayyadh dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Steve Darby: “Ramai Orang Kata Khalid Jamlus Malas, Ahmad Shahrul Azhar Kata Semua Itu ‘Sampah’ Dan Saya Ambil Dia”

Pemain New York Red Bulls Ini Dikaitkan Dengan Skuad Kebangsaan Vietnam, Nilai Transfermarkt RM3.49 Juta

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group