Der Klassiker di antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund kali ini akan berlangsung dalam suasana berbeza.

Ianya bakal berlangsung di dalam stadium kosong. Erling Haaland menafikan bahawa beliau dan rakan-rakan berasa gerun dengan Bayern Munich.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa mereka juga sudah tidak sabar untuk bertarung dengan pasukan bimbingan Hansi Flick itu.

Pertarungan di antara kedua dua pasukan akan berlangsu pada awal pagi esok 12.30 pagi waktu Malaysia.

Ini boleh dikatakan peluang terakhir yang terbaik buat Borrusia Dortmund untuk merapatkan jurang maka dengan Bayern Munich bagi mencabar kejuaraan liga.

Pada kedudukan semasa Borussia Dortmund berada 6 mata di belakang musuh utama mereka akan.

Tanpa keraguan lagi ini merupakan perlawanan yang terbesar di dalam Bundesliga.

Haaland memberitahu peminat menerusi saluran YouTube Dortmund, beliau tidak gentar untuk hadapan dengan barisan pertahanan Bayern Munich yang dibarisi oleh ramai juara dunia termasuk Manuel Neuer, Jerome Boateng dan Benjamin Pavard.

Haaland tidak merasai sebarang tekanan, sebaliknya hanya keterujaan. Beliau sudah tak sabar nak merobek benteng Bayern Munich.

Haaland berkata: “Tiada tekanan yang mengganggu saya ketika ini. Saya hanya nak bermain perlawanan besar macam ini. Ini yang paling saya suka, jujur saya katakan.”

“Saya sudah tak sabar nak beraksi dalam perlawanan sebesar ini.”

“Saya akan bermain dengan setenang yang boleh dan tak terlalu memikirkan perlawanan ini. Jika mereka ada juara dunia, kami pun ada.”

“Saya tahu kita ada pasukan yang bagus, begitu juga Bayern. Jadi ini akan menjadi satu pertarungan menarik.”

“Saya melihat para rakan sepasukan berlatih pada setiap hari dan saya tahu betapa bagusnya mereka. Ianya adalah berkaitan dengan misi untuk mencapai sasaran kita.”

“Jadi, saya sudah tidak sabar.”

Haaland menegaskan beliau berjanji akan mempamerkan aksi yang terbaik dan cuba melaksanakan tugasannya sebagai pencetak Gol dengan sebaiknya.

Namun Haaland juga tidak kisah dengan sesiapa sahaja yang akan menjaringkan gol di dalam pasukannya.

Baginya keutamaan adalah kemenangan berpasukan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Shanghai Shenhua Panggil Ighalo Balik China Hujung Minggu Ini, Tawarkan Kontrak Luar Biasa

Statistik Luar Biasa Kai Havertz Pada Tahun Ini

Dortmund Capai Persetujuan Verbal Halang Haaland Sertai Real Madrid