Beberapa bulan yang lepas peminat bola sepak tanah air menyaksikan juara Liga Super Malaysia musim 2018, Johor Darul Ta’zim turun menentang naib juara K 1 League, Gyeongnam FC di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun, siapa sangka kelab yang beraksi di saingan tertinggi di rantau Asia itu tersingkir ke divisyen kedua liga bola sepak Korea Selatan musim hadapan apabila tewas kepada pasukan Busan IPark dalam satu perlawanan play-off dengan keputusan 2-0 secara agregat.

Meskipun dibarisi oleh beberapa pemain ternama seperti bekas penyerang FC Twente, Luc Castaignos, Gyeongnam FC menamatkan saingan K1 League musim ini di tangga ke-11. Perkara ini menyebabkan mereka harus mengharungi perlawanan promotion-relegation play-off menentang Busan IPark yang menduduki tangga kedua dalam saingan K2 League.

Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Pada perlawanan kedua, Busan tampil lebih berbahaya berbanding Gyeongnam dan hasilnya mereka berjaya mencatat kemenangan hasil daripada jaringan Romulo dan Soma Novothny pada separuh masa kedua.

Gyeongnam FC
Gyeongnam menentang Busan.

Setelah dua musim beraksi di saingan K1, kini Gyeongnam FC kembali ke saingan K2 dimana pasukan itu juga pernah muncul sebagai juara pada musim 2017.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Korea Selatan di sini:

Pengurus Pasukan Korea Selatan Berkongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Sepanjang Berada Di Pyongyang

Son Heung-min: Pemain Korea Utara Sangat Agresif

Kelab Amatur Liga Divisyen 3 Korea Selatan Ini Mara Ke Final Piala FA, Slot AFC Champions League Jadi Sasaran