Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ilkay Gundogan menegaskan bahawa “politik sudah habis” di kem Jerman, dan fokus adalah kepada bola sepak sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Ini selepas skuad mereka memutuskan untuk melakukan protes ke atas FIFA dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022.

Jerman mengekalkan harapan mereka untuk mara dalam edisi Piala Dunia 2-2 dengan keputusan seri 1-1 menentang Sepanyol dalam perlawanan kedua. Gundogan memberikan jaminan bahawa tidak ada lagi protes yang akan mereka lakukan.

Sama seperti ketika aksi berdepan Sepanyol, di mana mereka tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut.

FIFA memberi amaran kepada Jerman dan kapten mereka bahawa mereka bakal berdepan hukuman kerana memakai lilitan OneLove pada Piala Dunia. Ini termasuk kad kuning untuk mana-mana kapten yang ditangkap memakai lilitan itu.

Tindakan FIFA itu membuatkan pemain-pemain Jerman menutup mulut mereka sebelum sepak mula aksi pembukaan Piala Dunia 2022 mereka. Simbolik kepada suara mereka telah ditutup oleh FIFA.

Di mana perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-1 Jerman di tangan Jepun.

Kini Gundogan telah mengisytiharkan negara tidak akan lagi mencampurkan bola sepak dan politik.

Gundogan berkata: “Kami mempunyai beberapa pemain yang marah dengan FIFA, kerana jelas ada perkara yang dirancang daripada pasukan,” kata Gundogan kepada The Athletic.

“Ini (pemakaian lilitan) semakin tidak dibenarkan sebelum perlawanan (Jepun), beberapa pemain kecewa dan kecewa serta mahu menunjukkan sesuatu.”

“Kami mengadakan perbincangan dalam pasukan dan akhirnya diputuskan bahawa kami akan melakukan isyarat ini [menutup mulut] untuk menentang FIFA.”

Menurut laporan dari Jerman, Gundogan dan Rudiger adalah dua pemain yang tidak bersetuju dengan bantahan yang dilakukan oleh pasukan mereka. Namun Gundogan menyatakan bahawa mereka terpaksa mengikut suara majoriti, sebagai satu pasukan.

Tindakan mereka kurang disenangi pemain pemain lain ketika itu. Membuatkan situasi agak tegang.

“Jika anda melakukan sesuatu, anda melakukannya sebagai satu pasukan. Sejujurnya, pandangan saya sekarang politik sudah tamat.”

“Kami di sini sekarang dan saya rasa Qatar sangat berbangga. Negara Qatar sangat berbangga untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia — juga sebagai negara Islam pertama [menjadi penganjur Piala Dunia], dan saya berasal dari keluarga Islam, jadi masyarakat Islam pasti berbangga.”

“Kini ia hanya mengenai bola sepak – menikmati dan meraikannya – jadi itu perkara yang paling penting.”