Pemain yang disebut-sebut sebagai pemain naturalisasi seterusnya bagi skuad kebangsaan, Guilherme De Paula sah meninggalkan Kuala Lumpur setelah beraksi bersama pasukan itu selama tiha musim.

Meskipun menampilkan prestasi yang memberangsangkan sepanjang tiga musim menyarung jersi Th3 City Boys, namun Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak De Paula yang berakhir pada November lalu.

Guilherme De Paula

Sumber Gambar: MFL

Pemain yang pernah beraksi bersama Selangor dan PDRM FA itu menjadi watak penting ketika Kuala Lumpur muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 lalu. De Paula menjaringkan 27 gol sekaligus meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak.

Pada tahun berikutnya, Guilherme De Paula berjaya meneruskan prestasi cemerlang dimana beliau menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super. Musim ini, catatan gol De Paula sedikit mengecewakan dimana beliau hanya mampu menjaringkan 8 gol sepanjang musim.

Baru-baru ini, Guilherme dilihat menyertai sesi latihan Johor Darul Ta’zim dan terdapat desas-desus bahawa beliau akan menyertai juara Liga Super musim 2019 itu.

Guilherme De Paula

Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi

Namun, ramai berpendapat JDT hanya membantu Guilherme dalam memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik kerana tahun hadapan, pemain kelahiran Brazil itu bakal dijadikan sebagai pemain naturalisasi sekaligus beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Seorang lagi pemain yang menjadi calon pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi turut berlatih bersama JDT.

Baca artikel lain mengenai Guilherme De Paula di sini:

Guilherme De Paula Dilihat Sertai Sesi Latihan Bersama JDT

Liridon Krasniqi Dan Guilherme De Paula Sarung Jersi Harimau Malaya Pada Tahun 2020

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group