Pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula berazam untuk menutup mulut pengkritik dengan menampilkan persembahan terbaik pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada 12 Jun ini.

Guilherme mendapat kritikan pedas terutamanya dari peminat bola sepak tanah air setelah menampilkan prestasi kurang memberangsangkan pada aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu yang menyaksikan pasukan negara tewas 4-0.

Bercakap kepada Astro Arena, Guilherme menggesa peminat agar memberikan sokongan kepada pemain negara yang telah bekerja keras sepanjang berada di Dubai.

“Tiada siapa nampak usaha kami di sini tetapi mewakili lebih 30 juta rakyat Malaysia, kami berjuang untuk ke pusingan ketiga.

“Saya amat yakin dengan sentuhan sendiri. Saya tidak pernah mengubah pendekatan, tidak pernah mengambil jalan pintas dan saya masih kekalkan laluan ini kerana saya tahu kemampuan sendiri,” katanya.

Guilherme De Paula
Sumber Gambar: FAM

Guilherme De Paula bakal bersama Syafiq Ahmad bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama sekaligus mengisi jentera serangan pasukan.

Rata-rata peminat mahukan Syafiq untuk menjadi penyerang utama dimana mereka berpendapat Syafiq lebih rajin selain lebih baik dari segi mencari peluang di hadapan pintu gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Kekuatan Vietnam Dari Kaca Mata Jurulatih Tempatan Ini

Malaysia Ada Kelebihan Dari Segi Fizikal Lawan Vietnam

Tan Cheng Hoe Mahu Tamatkan Rekod Buruk Bertemu Vietnam