Pasukan Perak dikhabarkan sudah mendapatkan khidmat seorang pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila bekas pemain Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dikatakan bakal menerajui barisan serangan pasukan itu.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah Guilherme memuat naik satu Story di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau kini berada di Ipoh. Kontrak pemain berusia 33 tahun itu bersama Kuala Lumpur telah tamat pada November lalu dan kini bergelar ejen bebas.

Guilherme

Sumber Gambar: Instagram Guilherme De Paula

Setelah meninggalkan pasukan Kuala Lumpur, Guilherme dikesan menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim. Ramai pihak berpendapat pemain itu bakal menyertai JDT musim hadapan namun lambakan penyerang di dalam pasukan menyebabkan Guilherme terpaksa mencari pasukan lain.

Jika pemain kelahiran Brazil itu menyertai Perak, maka beliau akan kembali bersama jurulatih yang membawanya ke Liga Malaysia, Mehmet Durakovic ketika pengendali itu menjadi ketua jurulatih pasukan Selangor pada musim 2015 lalu.

Ketika bersama Mehmet di Selangor, Guilherme pernah memenangi Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Kedah di pentas perlawanan akhir dengan keputusan 2-0.

Baca artikel lain mengenai Guilherme De Paula dan pasukan Perak di sini:

Guilherme De Paula Tinggalkan Pasukan Kuala Lumpur

Guilherme De Paula Dilihat Sertai Sesi Latihan Bersama JDT

Dickson Nwakaeme Berada Dalam Radar Pasukan Perak

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group