Malam ini, skuad Harimau Malaya kembali beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan. Ia akan menjadi medan untuk menguji beberapa muka baharu sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF dan Kelayakan Piala Asia 2023.

Perlawanan ini juga merupakan peluang untuk penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula untuk membuktikan kenapa beliau layak sertai skuad Harimau Malaya setelah mempamerkan prestasi hambar ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 beberapa bulan lalu.

Justeru itu, De Paula perlu mengambil kesempatan ini untuk membalas kritikan peminat dengan menjaringkan gol bermula pada perlawanan menentang Jordan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata dalam bernama, De Paula diberikan peranan menjaringkan gol dan harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Kalau tiap-tiap perlawanan dia tak boleh jaringkan gol, tak ada makna lah dia boleh membantu kita (pasukan negara). Sebab kita ambil dia khas bagi mendapatkan gol, jadi itu menjadi tanggungjawabnya,” kata Yusof Mahadi yang juga pengurus skuad kebangsaan.

Naturalisasi
Sumber Gambar: FAM

Meskipun menjaringkan gol penalti ketika menentang Vietnam namun para penyokong masih tidak berpuas hati dengan prestasi pemain itu yang dilihat lebih banyak ‘berjogging’ di atas padang berbanding berusaha memburu jaringan.

Walaupun begitu, Yusoff Mahadi tetap pertahankan pemain itu dan menyifatkan De Paula masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Tan Cheng Hoe.

“Kalau tengok perlawanan-perlawanan lepas, tak banyak bola sampai ke dalam kawasan lawan kita, jadi nak menyalahkan De Paula seorang pun tidak adil. Bagi saya episod itu telah berlalu dan De Paula kena buktikan dia pilihan tepat menjadi penyerang negara,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Peluang Dominic Tan Dan Irfan Zakaria Buktikan Kemampuan Kemudi Benteng Harimau Malaya

Shahrul Nizam Gagal Lapor Diri Kerana Turun Ke Laut

Fayadh Zulkifli Amin Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi