Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelibat bekas penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dalam sesi latihan skuad Harimau Selatan menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sama ada pemain itu bakal memperkuatkan jentera serangan JDT pada musim depan.

De Paula yang bakal menginjak usia 34 tahun mempunyai pengalaman beraksi dengan 18 buah kelab sepanjang karier bola sepaknya.

Sebelum ini, penyokong turut dikejutkan dengan kehadiran Liridon Krasniqi di padang latihan Seri Gelam kelmarin. Ianya sekaligus menguatkan khabar angin mengenai kemasukan Liridon dan De Paula sebagai pemain baharu memandangkan kedua-dua pemain ini boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan atas tiket naturalisasi.

78500365_2411209899194519_5362850058758782976_o

SUMBER: LAMAN INSTAGRAM JDT

Bagaimanapun, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu sesi ‘NO HOLDS BARRED’ yang dibuat secara langsung di laman facebook rasmi Johor Southern Tiger menjelaskan kehadiran Liridon adalah untuk memulihkan tahap kecergasan dan seterusnya memberi manfaat kepada skuad kebangsaan.

“Liridon datang ke JDT untuk kita bantu dia memulihkan kecergasan dan kita hanya akan membuat pengumuman jika menandatangani pemain yang memiliki nama besar. Dia menyertai latihan kerana kemungkinan dijadikan pemain berstatus naturalisasi.

“Kita mahu Liridon cergas apabila menyarung jersi Harimau Malaya dan mungkin juga dia akan sertai JDT namun jika semua prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan maka kita akan umum secara rasmi statusnya. Buat masa ini belum ada apa-apa nak umumkan lagi,” jelasnya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohamad Amin memberi bayangan De Paula dan Liridon bakal sarung jersi negara jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permohonan mereka untuk menukar kerakyatan Malaysia.

Sekiranya proses dokumentasi sudah diselesaikan sepenuhnya, dua pemain ini berpeluang memperkuatkan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan.

Lagi artikel menarik mengenai Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi yang mungkin anda terlepas pandang.

Guilherme De Paula Sanggup Lakukan Apa Sahaja Demi Malaysia

Liridon Krasniqi Dilihat Sedang Menjalani Latihan Bersama Pasukan JDT, Sedia Beraksi Untuk Harimau Malaya 2020?

Tempat Liridon Krasniqi Dan Guilherme De Paula Tidak Terjamin

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group