Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Liverpool dan Manchester City terikat 2-2 dalam aksi snagat sengit di Anfield semalam. Namun berlaku insiden kontroversi apabila James Milner menjatuhkan Bernardo Silva pada separuh masa kedua.

Insiden itu membuatkan Pep Guardiola mengamuk di tepi Padang sehingga menerima kad kuning.

Guardiola tida berpuas hati kerana Milner tidak dilayangkan kad kuning kedua kerana kesalahan itu.

Selepas tamat perlawanan Guardiola dengan menyatakan ketidakpuasan hatinya dan pada masa yang sama turut memetik nama Manchester United.

Menurut Guardiola biasanya pengadil akan lembut untuk pemain Liverpool dan Man United ketika beraksi di Anfield dan Old Trafford. Namun untuk Manchester City, pengadil akan lebih tegas dan mendapat kad merah kerana insiden seperti itu

“Itu adalah kad kuning,” kata Guardiola merujuk kepada kekasaran Milner ke atas Bernardo Silva.

“Ia jelas sekali. Tetapi ianya berlaku di Anfield atau Old Trafford. Dalam situasi ini, jika pemain City melakukannya, pemain kami akan dibuang padang – 100%. Jelas sekali ianya kad kuning kedua.”

Walaupun dua kali ketinggalan dalam perlawanan ini, Guardiola memuji semangat juang pemainnya untuk bangkit dan memberikan respon kepada Liverpool.

Lebih lebih lagi sebelum ini skuad Guardiola tewas di tangan PSG. Guardiola tetap memuji prestasi pasukannya selepas 3 aksi di tempat lawan yang sukar.

“Ianya keputusan yang kami tak mampu nak ubah. Ianya sukar nak bermain di stadium ini, berdepan dengan pemain pemain dan pengurus mereka yang sangat bagus.”

“Saya peminat tegar Jurgen Klopp, mereka sentiasa memberikan kami cabaran sangat kuat.”

“3 perlawanan, di Stamford Bridge, di Paris dan di sini, kami telah menunjukkan bahawa kami pasukan yang hebat.”

Baca juga artikel

EPL: Liverpool City Terikat Dalam Aksi Sengit, Salah Dan Foden Cemerlang

Dendam Terbalas, Suarez Ejek Koeman Dengan Keraian Telefon

EPL: Townsend Ber-‘siiuuu’ Ikat Man United Di Old Trafford

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group