Pep Guardiola tidak berselindung tentang masalah disiplin dua orang bintangnya iaitu Phil Foden dan Jack Grealish.

Kedua dua pemain tersebut biasanya menjadi regular dalam pasukan Manchester City. Namun Grealish dan Foden tidak diturunkan dalam aksi berdepan dengan Newcastle baru baru ini.

Guardiola dikenali dengn sikapnya yang suka melakukan penggiliran. Namun kali ini, Guardiola menjelaskan bahawa ianya tiada kaitan dengan penggiliran pasukan.

Guardiola memberikan amaran kepada bintang GBP100 juta dan bintang masa depan England itu bahawa tiada siapa pun di Manchester City yang kebal daripada digugurkan jika bermasalah.

Sebelum ini di Aston Villa, Grealish dianggap pemain yang ‘undroppable’. Malangnya di City beliau tidak ada vice versa seperti itu walaupun menjadi pemain termahal dalam sejarah kelab.

Grealish dan Foden telah keluar ke kelab malam selepas kemenangan ke atas Leeds. Dan ianya nampak tidak menggembirakan Guardiola langsung.

Bercakap kepada wartawan, Guardiola berkata: “Ini bukan atas sebab penggiliran. Saya membuat keputusan untuk pasukan ini, memilih siapa yang layak bermain, dan mereka yang tidak berhak bermain.”

“Menjelang musim Krismas, saya memberikan perhatian yang banyak kepada kelakuan pemain saya di dalam dan di luar padang. Dan apabila mereka tidak berdisiplin di luar padang, maka mereka tidak akan bermain.”

“Dengan itu, kita harus fokus sepanjang masa, tidak terganggu walaupun kerana Krismas. Setiap apa sahaja berlaku, kamu masih harus kekal fokus.”

Sumber Telegraph melaporkan bahawa kedua dua pemain tersebut gagal mencapai standard kecergasan yang diperlukan pasukan ketika sesi latihan sebelum perlawanan.

Ini kerana kedua duanya tidak cukup tidur kerana keluar ke kelab malam.

Kedua dua pemain berharap akan dapat beraksi kembali dalam aksi Boxing Day berdepan Leicester.

Ini bukan pertama kali kedua dua pemain terlibat masalah disiplin. Di Aston Villa Jack Grealish pernah melanggar kereta orang awam di parkir kerana mabuk selepas berpesta sepanjang malam.

Foden pula sebelum ini pernah digantung tugasan kebangsaan kerana membawa masuk wanita ke bilik hotel beliau dan Greenwood ketika di Iceland. Ianya melanggar perintah kawalan pergerakan.

Baca juga artikel

Willian Menyesal Sertai Arsenal: “Selepas 3 Bulan Saya Mahu Berambus”

TERKINI: Spurs Terlepas UECL Selepas UEFA Anggap Mereka Menarik Diri

Klopp: Kane Patut Kad Merah