Pep Guardiola dan Manchester City akhir berjaya menguatkan semula cengkaman mereka pada kedudukan pendahulu liga kepada 3 mata dengan perbezaan jaringan lebih baik daripada Liverpool.

Sebelum ini Manchester City melepaskan jarak 14 mata dengan Liverpool sehingga hanya berbeza 1 mata.

Namun apa yang mengejutkan Guardiola melancarkan serangan secara verbal di hadapan tv kepada Liverpool.

Guardiola menuduh semua orang di England dan media menyokong Liverpool menang berbanding Manchester City.

Manchester City menang bergaya 5-0 ke atas Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Raheem Sterling menjaringkan 2 gol. Sementara 3 lagi gol City adalah menerusi Aymeric Laporte, Rodri dan Phil Foden.

Keputusan positif itu dicatatkan, sehari selepas Liverpool keciciran mata di Anfield dengan keputusan 1-1 dengan Tottenham Hotspur.

Guardiola tidak melepaskan peluang untuk memberitahu bahawa semua orang di England termasuk media adalah menyokong Liverpool untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Seterusnya Guardiola memperlekehkan prestasi seterunya itu dengan menyatakan bahawa Liverpool cuma cemerlang di pentas Eropah, namun di dalam Liga Perdana Inggeris, mereka hanya memenagi 1 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam masa 30 tahun.

Guardiola bercakap kepada beIN SPORTS: “Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media dan semua orang.”

“Sudah tentunya, sebab Liverpool ada sejarah luar biasa di belakang mereka dalam pertandingan Eropah — namun tidak dalam Liga Perdana Inggeris, kerana mereka hanya menang 1 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam masa 30 tahu.”

“Namun itu bukan masalahnya sama sekali.”

“Situasinya adalah jelas. Kami perlukan 9 mata atau 6 mata selepas ini. Bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam 2 perlawanan selepas ini, dari segi perbezaan jaringa. Namun Rabu ini adalah final yang sebenar untuk kami.”

“Kami akan cuba memenaginya. Takdir kami adalah di tangan sendiri dan ini adalah sangat penting. Kita harus melihat pada diri kita sendiri. Dengan 1 mata atau 3 mata, tiada apa yang berubah.”

“Kita harus melakukannya.”

Kejayaan menewaskan Newcastle dan menjarakkan diri 3 mata daripada Liverpool adalah keputusan yang benar benar bagus untuk City selepas mereka meratapi penyingkiran daripada Liga Juara Juara Eropah daripada pusingan separuh akhir di tangan Real Madrid.

Di mana pada satu ketika mereka berada di hadapan dengan kelebihan agregat 2 gol. Tetapi melepaskan 2 gol pada minit ke-90 dan ke-90+1. Mereka juga melepaskan gol pada masa ekstra apabila Karim Benzema menjaringkan gol menerusi penalti.