Berita baik buat peminat Manchester City. Ini apabila pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab mereka, Pep Guardiola akan melanjutkan kontraknya untuk 3 tahun lain.

Manchester City yakin Guardiola akan terus kekal dan menandatangani kontrak pada musim panas ini.

Ianya dikuatkan lagi dengan potensi kedatangan Erling Haaland ke kelab tersebut. Di mana Haalad merupakan pemain yang dimahukan oleh Pep Guardiola sendiri.

Kontrak semasa Pep Guardiola masih berbaki sehingga musim hadapan. Ejen kepada Pep Guardiola iaitu abangnya sendiri, Pere Guardiola sedang berunding dengan kelab untuk kontrak baharu sehingga 2025.

Pep Guardiola merasakan bahawa dia masih ada urusan yang belum selesai di Manchester City walaupun kelab itu menjuarai UCL sekalipun pada akhir musim ini.

Guardiola tidak pernah menjulang UCL dengan pasukan yang tanpa Lionel Messi. Namun kali ini beliau yakin akan melakukannya. Guardiola bagaimanapun masih percaya, pasukan yang beliau bina ketika ini masih belum mencapai kemuncaknya. Oleh sebab itu beliau masih mahu terus kekal.

Manchester City sudah memaklumkan kepada Borussia Dortmund bahawa mereka sanggup untuk menagktifkan klausa pelepasan Haaland yang hanya bernilai £63 juta bermula Januari 2022.

Man City juga menawarkan kontrak yang sukar ditolak oleh Haaland. Pada masa yang sama, Guardiola pastinya ingin bekerjasama dengan bakat muda sensasi dari Norway itu.

Namun begitu Manchester City mendapat tentangan daripada Real Madrid dan PSG untuk mendapatkan pemain tersebut.

Walaupun laporan dari UK menyebut bahawa, Haaland buat masa ini lebih cenderung untuk memilih Manchester City.

Pep Guardiola sebelum ini pernah membayangkan bahawa dia mungkin akan berundur selepas kontraknya tamat. Namun selepas melihat situasi semasa di City, beliau masih belum ada pengganti yang sesuai untuk menggantikannya.

Pada masa yang sama Guardiola mahu mewariskan pasukan yang benar benar bagus kepada penggantinya kelak.

Berita Guardiola akan terus kekal ini pastinya menggembirakan peminat Liga Perdana Inggeris. Ini bermakna perseteruan beliau dengan Jurgen Klopp akan berterusan. Ianya selepas Klopp turut rasmi melanjutkan kontraknya sehingga 2026.